Skip to main content

Pelayaran Bahtera Kita Kemudikan...

Image result for images bahtera

25 Sept 2019

Malam ni baru saja lepas bersembang di whatsApp dengan bff. Lepas selesai bersembang saya fikirkan balik apa yang dia sebut tadi. Seakan macam logik juga kebenarannya...hmmm benar atau tidak seperti disebut hanya Allah yang tahu. Biarkan sahaja..itu rahsia Allah...kehidupan perlu diteruskan seperti biasa.

Dalam hidup ini rasa kecewa dan terkilan itu adalah lumrah. Kecewa itu adalah mainan rasa di hati. Bukankah ini ada pelengkapnya dan pasangannya masing-masing bagi setiap sesuatu itu...jadinya, sama la juga dengan kehidupan..suka lawannya duka, bahagia lawannya derita, kecewa lawannya senang hati dan macam-macam rasa lagi kan...justeru, pada setiap saat itu hati dan mental perlu sentiasa bersedia dan sentiasa sematkan di hati bahawa itu semua datangnya daripada Allah...berdoa selalu agar Allah sentiasa berikan kita perlindungan dan dipermudahkan segala urusan.

Roda kehidupan sentiasa berputar 360 darjah dengan cukup lengkap rasanya. Rasa gembira, bahagia, sedih, suka, duka, marah, rajuk dan pelbagai rasa lagi yang singgah dalam diri. Itu memang normal...

Selagi kita bernyawa...itu la dia perkara yang akan selalu bersama kita...mana mungkin kehidupan ini kaku dan bisu kecuali bila kita dah mati saja...justeru, yang penting adalah bagaimana kita mengurus dan  mengendalikan "rasa" ini.

Dua puluh empat jam dalam satu hari kitaran hidup kita...apa agaknya yang kita buat..6 jam untuk tido, 9 jam di tempat kerja...berbaki 9 jam saja lagi. 9 jam ini lah masa yang betul2 milik kita. Maksud saya masa yang kita boleh putuskan kita nak buat apa...masa inilah kita guna untuk bertafakur, muhasabah diri, beriadah, , makan dan minum, membaca, menulis dan apa jua lagi yang memberikan terapi kepada diri kita...terapi ini penting kerana ia merembeskan rasa tenang dan damai...ketenangan dan kedamaian ini lah yang akhirnya nanti menjadikan kita sentiasa rasional dan tenang dalam apa jua situasi.

Bahtera kehidupan kita ni, kita lah yang bertanggungjawab mengemudikannya...for sure kita tak mahu bahtera kita karam di tengah jalan kan. Makanya kita perlu bijak mengendalikannya...
pergerakan kapal tidak boleh dibiarkan bergerak begitu saja...konsep "asal bergerak" saja tidak boleh langsung digunapakai...mmg confirm tiada matlamat dan tiada halatuju.

Bahtera mesti dirancang perjalanannya dengan baik dan berstrategi... contohnya bila kita nak berlabuh, bila kita nak jatuhkan sauh, bila kita nak kembangkan layar dan sebagainya lagi. Semasa angin elok maka naikkan lah layar dan belayar la dgn lancar...masa badai dan ribut taufan melanda maka cari lah tempat berteduh dulu.

Analogi kehidupan ni begitu lah...untuk berjaya dan bahagia, kita perlu lengkapkan diri dengan keimanan, ketakwaan, kebijaksanaan, kematangan, kesabaran, ketabahan, dan ketinggian peribadi dan akhlak. Kalau tidak nanti kita akan hanyut dan karam. Jangan sesekali kita merajakan sebuah keegoan, kesombongan, dan kemarahan kerana sudah pasti ianya akan menghancurkan sebuah kehidupan.

Salam hormat,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...