Aku menjeling jam di dinding.
"Allah cepat betul masa berlalu, tinggal 10 minit lagi ke pukul 2.30 petang".
"Dah kena beredar ni, tapi ada sedikit lagi yang belum siap ni" hati kecil aku merengus.
"Tak mengapa, karang la sambung", pujuk hati kecilku lagi.
"Plan nya nak siapkan sebelum pergi meeting, tapi tak sempat juga la gayanya ni", aku berbisik.
Perbincangan petang ni pukul 2.30 petang di Blok Pendidikan. "Dah la aku yang pengerusikan, tak boleh lewat ni", hati kecil aku mengomel sendiri.
Aku terus bangun mencapai fail mesyuarat dan kunci kereta, terus melangkah laju menuju ke lif. Tiba di aras lantai, laju melangkah keluar lif menuju ke kereta. Melewati tempat guard bertugas, sempat aku menyapa dan bertanya kaba...itu memang rutin biasa buat diriku.
Kereta meluncur laju menuju destinasi. Lajupun tak selaju seperti atas highway la...'standard' kelajuan dalam kampus la...
Sampai saja di Blok Pendidikan, aku parkirkan kereta tempat biasa. Terus melangkah keluar sambil menjeling jam, tiga minit lagi ke pukul 2.30 petang. "alhamdulillah sempat" bisik hatiku.
Sampai di lif, aku terus menekan butang kawalannya tu dan menunggu pintu lif terbuka. Aku bergegas masuk sebaik sahaja pintu lif terbuka...sebaik sahaja berada dalam lif aku terus menekan butang close untuk pintu lif ditutup...tiba-tiba bunyi gedegang... pintu lif tu dah menghimpit seseorang...
"Allah, sori-sori" aku spontan menjerit...tengok-tengok rakan seperjuangan yang sangat aku kenali..sepanjang bertugas di sini memang rapat jugalah dengan dia.
"Encik Izuhan, sori sangat saya tak perasan", tuturku dengan nada bersalah.
"Hai puan", balasnya sambil tersenyum dan steady aje...seakan terlupa pulak baru sekejap satni dia terhimpit dengan pintu lif tadi. Encik Izuhan ni memang begini orangnya, sentiasa "happy go lucky".
"Meeting ya puan", tambahnya lagi.
"Ya meeting di BSM" jawab ku sambil senyum kosong.
Dalam hatiku berbisik Encik Izuhan ni sepanjang mengenalinya memang dia seorang yang sangat baik, sangat positif, sangat menghormati orang lain..dan memang gentleman orangnya...ya orang NLP (Neuro Linguistic Programming) la katakan. Memang kena betul dengan perwatakan dan personalitinya. Memang dia practice ilmu NLP yang dia miliki. Akupun dah lupa aku dapat tahu daripada siapa entah yang mengkhabarkan bahawa Encik Izuhan ni orang yang arif dalam NLP.
"Dengarnya puan kena balik ke induk, tahniah puan"...tuturnya jujur. kelihatan jelas ucapannya penuh kejujuran.
Spontan aku membalas "owhhh, tahniah ke" aku senyum kosong sambil pandangan aku dihalakan tepat ke wajahnya...dalam nada lebih kepada bergurau, walau hakikatnya dalam hati memang aku serius dengan pertanyaan aku tu...
"Ya puan tahniah la puan dipanggil balik semula ke sana" balasnya dengan bersungguh dan penuh keyakinan.
Bicaranya diteruskan lagi "here is not your place puan, your place is there, your future is there"...
Dalam hatiku berbisik "amboihhh Encik Izuhan ni, speaking la pulak dia ya"...dia meneruskan lagi kata-katanya, "Puan, you adalah antara orang kuat dan orang harapan di Bangi dan berpotensi untuk pergi seterusnya, memang di sana tempat you puan dan bukan di sini".
"Lorrr ke situ pulak dia", bisik hati kecil aku.
Selesai meeting aku bergegas balik ke ofis. Ada dua perkara penting lagi yang perlu aku selesaikan petang ini by hook or by crook...
"Sekejap betul la masa", hati aku merengus bila melihat jam sudah pukul 4 petang.
Selesai dua perkara penting itu...aku melepaskan rasa penat dengan bersandar di kerusi sekejap...
perbualan dalam lif bersama Encik Izuhan tadi kembali berlegar di fikiran.
"Positif betul la Encik Izuhan ni" hati aku berbisik lagi.
Aku memanjatkan rasa syukur kerana tanpa disangka hati aku tenang selepas mendengar kata-kata dari dia tadi. Kata-katanya itu begitu menusuk ke hati aku dan mengembalikan semula motivasi diri dan semangat yang sedikit tergugat.
Bila difikir-fikirkan secara logiknya, dalam saat aku sendiripun keliru dan penuh dengan tanda tanya dengan apa yang berlaku...pertolongan Allah datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Allah datangkan dia kepada aku untuk menyampaikan mesej dan menyatakan pada aku bahawa kepulangan aku semula ke induk ini adalah satu berita baik...sesuatu yang sangat wajar dan positif, juga seakan bonus buat diriku...sesuatu yang perlu disyukuri dan bukan dikesali.
"Allahuakbar" ucapku dalam penuh kerendahan hati.
"Maafkan kekhilafan hamba-Mu ini ya Allah, aku hampir terbabas berburuk sangka atas aturan-Mu", bisik hati kecil ku lagi.
Bersangka baik lah dengan Allah. Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa dan maha mengetahui atas segalanya. Segala yang berlaku ini adalah dengan keizinan-Nya. Sudah pasti ada hikmah dan rahsia yang tersembunyi atas segala sesuatu yang Allah jadikan...dengan membawa aku ke sini dan seterusnya mengembalikan semula aku ke Bangi dalam tempoh yang begitu singkat adalah perancangan Allah yang punyai rahsia tersendiri...yakinlah!
Aku beristigfar seketika, "ya Allah, setiap apa jua ketentuan dari-Mu, pasti itu yang terbaik buat hamba-Mu. Sudah pasti mempunyai 1001 kebaikan buat aku...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui ya Allah"
Hati aku kembali tenang dan "berbunga kembali". Kekuatan diri kembali ke paksinya semula dan semangat yang ada kembali bertamu menguasai diri sebagaimana selalu. Aku kembali seperti aku yang "selalu itu"...kembali tegar dan kental daripada segi rasa dan perasaan, walaupun di permulaan sebenarnya dah mula goyah...hati dan perasaan memang begitu, cepat betul terusik...haha "jiwa halus"
Itulah rahsia Allah...di saat kita keliru dan rasa "down" terus pertolongan-Nya datang. Dia hadirkan seseorang sebagai perantaranya untuk menyampaikan mesej dari-Nya...
Allahuakbar...terus berikan aku rahmat dan kasih sayang-Mu ya Allah. Dalam hidup ini, kita perlu terus istiqomah, bersangka baik dengan Allah, dan menyakini kekuasaan dan kebesaran Allah. Setiap yang berlaku itu punyai rahsia Allah yang tersendiri.
Cerpen Pendek,
RZH
13 Oktober 2019
Comments
Post a Comment