Skip to main content

Anggap Ujian Sebagai Teman rapat...

30 Oktober 2019

Mata belum dapat dilelapkan. Akhirnya tangan akur pada situasi... mencapai telefon bimbit dan "menyapa" di blog. Fikiran berkira2 kalau melayan menulis ni mahu nanti terbabas masa tidur. Esok dah la ada event yang perlu dilaksanakan...jadinya
saya set di minda untuk membuat penulisan ringkas sahaja tapi dapat memberi makna yang cukup besar.

Fikiran kembali memikirkan luahan hati seorang sahabat selepas Isyak tadi...perbualan yang agak lama...semoga Allah permudahkan segalanya buat sahabat ini.

Sebelum menamatkan perbualan, sempat juga tadi saya berkongsi satu tips yang sangat mujarab untuk hati memperoleh rasa tenang dan damai di saat "badai" sedang melanda diri.

Tipsnya...pada setiap selepas solat waktu, jangan tinggalkan membaca Surah Al-Insyirah (Alam nasyrah). Selepas selesai wirid dan zikir, letak tapak tangan kanan di dada dan bacalah dengan hati yang khusyuk dan ikhlas...insyaAllah, Allah beri kita rasa damai dan tenang.

Buat pembaca yang singgah di blog...amalkan lah tips ini atau sentiasa lah membaca ayat ini...baca lah juga terjemahannya...kita pasti akan memahami makna tersurat dan tersirat.

Semoga bermanfaat buat semua dan semoga jua Allah berkati setiap amalan kita...jujur lah pada diri, pada orang di sekeling dan pada sesiapa jua...hormati lah norma2 dan peraturan yang ada dalam  kehidupan....hidup lah dengan menyusur arus dan bukan menentang arus...insyaAllah, rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita.

Anggaplah jua setiap ujian yang datang itu sebagai teman yang sangat rapat dengan kita...bila ia datang tangani lah dengan bijak dan berhemah...senyum lah selalu di saat hati sedang gundah kerana senyuman itu bisa merubah segalanya...360 perubahan juga blh berlaku...makanya senyum lah.

Sekadar bicara lewat malam,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...