Skip to main content

Mencari Sesuatu di Sebalik sesuatu...

Singgah bait2 ayat di fikiran, makanya diterjemahkan dalam bentuk tulisan...

"Mencari sesuatu di sebalik sesuatu itu memang terlalu sukar untuk diperoleh dan dimengertikan...apa yang penting pada diri kita adalah sentiasa ingat bahawa apa jua yang berlaku dalam hidup kita adalah perancangan dan penyusunan dari Allah dan bukan dari manusia. Manusia itu hanyalah sabit nya atau perantaranya sahaja..."

"Makanya sudah pasti apa yang Allah berikan dan tentukan buat kita itu adalah yang terbaik untuk kita...siapa kita nak mengatakan "why begitu, why begini"...terima dan teruskan kehidupan dengan penuh rasa syukur, redha, gembira, tenang dan sudah pasti "aim for success" selalu..."yang ni wajib😀

Sesuatu di sebalik sesuatu itu hanya Allah yang tahu kerana kita sebagai manusia tidak akan mungkin bertemu jawapannya...hanya andaian dan persepsi jua yang ada. Justeru, tidak perlu kita membuang masa menggali sesuatu yang itu hanya milik Allah...rahsia Allah...

Kita perlu sentiasa ingat bahawa apa saja yang berlaku dalam hidup kita...itu mungkin ujian dari Allah dan mungkin juga sbg ganjaran...apa yang penting buat kita sbg hamba Allah adalah sentiasa membaiki hubungan kita dengan Allah, dengan manusia dan menjaga perilaku diri agar sentiasa dalam redha Allah. Seandainya yang berlaku itu adalah ujian Allah buat kita, maka ingatlah bahawa Allah masih sayangkan kita dan kerana itu Dia menguji...sentiasa perbaiki hubungan kita dengan Allah...

Hidup perlu sentiasa positif dan tenang...itu punca kekuatan dan kebahagiaan diri...kerana akhirnya penghujung kehidupan kita adalah di sana...justeru, jgn terlalu "merajakan dunia" dalam erti kata "menyoal itu menyoal ini", "mengungkit itu mengungkit ini", "menyalah itu menyalah ini", sehingga kita terlupa semua itu dari Allah...dalam hidup ini hakikat yang perlu kita faham adalah, semua yang berlaku adalah dengan izin Allah...jadi siapa kita untuk menafikannya!

Sekadar perkongsian cuma,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...