Skip to main content

Usia 40-an Tanda Kematian Semakin Hampir...

28 Oktober 2019

Sebentar tadi terbaca satu artikel...Allahuakbar...terdiam seketika apabila membaca baris demi baris kandungan artikel ini..hebat sekali penulisnya...menulis dgn bahasa yang sangat mudah tapi maksudnya sampai ke hati pembaca...saya begitu terkesan.

Artikel itu, gisnya adalah soal sebuah kehidupan yang semakin menghampiri kematian...Allahu...
kata penulis artikel itu, bila umur mencecah 40-an, maka kematian semakin dekat dan demakin singkat masa untuk kita berada di dunia. Kematian boleh datang pada bila2 masa...bila ajal kita sampai...tidak dilewatkan atau diawalkan walaupun sesaat.

Di umur 40-an ini bukan masanya lagi untuk kita terus berseronok dan hanyut dgn dunia...bukan masanya lagi untuk kita dibuai dengan keindahan dunia...apa agaknya  yang dikejarkan sebenarnya...kita yang di umur 40 tahun ke atas ni sebenarnya telah puas melalui semuanya...dari sejak usia baligh, umur 12 tahun sehingga ke 40 tahun...telah 28 tahun mengecapi kenikmatan dunia...itu belum lagi kira 7 tahun lagi masa zaman anak2 kecil...sudah 35 tahun...mmg tempoh yang agak lama...dan kita telah melalui semuanya itu sebagai pelengkap kehidupan, suka, duka, ketawa, menangis, derita dan 1001 perkara lagi.

Kini, bila kita dah di usia 40 tahun, kita masih juga sibuk dgn urusan dunia, masih berebut untuk berseronok dan mengejar duniawi "berlumba" dengan anak2 muda yang baru 20-an hidup...tanda apakah sebenarnya itu...

Itulah tandanya hidayah Allah tidak sampai kepada kita sehinggakan Allah terus hanyutkan kita dengan kesibukan dunia....Allahuakbar, sesekali terfikir tentang ini rasa takut mencengkam di dada...semoga kita semua dijauhkan dari semua ini...andai ini berlaku...kita perlu semak hubungan kita dengan Allah.

Mesti ada yang tidak kena...sehinggakan Allah lalaikan kita sampai begitu sekali...di usia 40-an kita sepatutnya lama berada di tikar sembahyang...lama dalam berdoa dan berzikir dan sebaik selepas salam,  bukan kita terus bangkit dan cepat2 beredar tanpa mengangkat tangan berdoa memohon pertolongan Allah atas apa jua perkara...betapa mengejarnya urusan duniawi sehingga kita  menganggap doa itu tidak penting..meletakkan dunia sbg keutamaan. Kita semua kadang2 tidak tersedar ttg ini...kita anggap biasa sebab sudah berpuluh tahun kita "terbiasa" begitu...

Bayangkan lah...andai kita terus dilalaikan dan dlm keadaan masih sibuk dengan urusan dunia kita dijemput menemui sang Pencipta...Allah apa agaknya bekalan nak dibawa ke sana...

Saat roh sudah tercabut dari badan, saat badan sudah terkulai...saat anggota badan tidak lagi dapat digerakkan...saat jenazah kita dimandikan, disolatkan, dikapankan dan dikebumikan...maka saat itu tiada apa lagi yang dapat kita lakukan...

Justeru, saat nyawa masih "bersatu" dengan badan....insafi lah, bertaubatlah, hiduplah sebagai hamba Allah yang sentiasa meletakkan soal akhirat sbg soal utama dan soal selainnya adalah sampingan....insyaAllah kita tidak dihanyutkan dengan godaan dunia yang terlalu hebat...

Justeru, di usia yang telah melewati 40-an ni...

1. Tingkatkan amal ibadah kita kepada Allah.
2. Sentiasa ingat mati dan buat persediaan
3. Kurangkan aktiviti dunia yang melalaikan.
4. Banyakkan masa untuk hadir ke majlis2 ilmu
5. Luangkan byk masa untuk mendengar perkongsian ceramah2 agama.
6. Banyakkan mengaji Quran.
7. Banyakkan bersedekah.
8. Banyakkan berpuasa sunat
9. Usah lagi mengejar pangkat dan kuasa
10. Hidup hanya kerana Allah - pengabdian secara total kepada Allah.
11. Bersih hati dan sucikan jiwa.
12. Banyakkan taubat
13. Redha dan sentiasa bersangka baik dengan apa jua yang Allah tentukan buat kita - Husnuzon
14. Tak payah la dok berlumba untuk menunjuk kuasa dan kehebatan. Tidak perlulah dok berbahas dan bertikam lidah hanya kerana rasa ego dan sombong.

Bercakap tentang kematian ni, jangan kita rasa ajal itu masih lambat...masih jauh...ia boleh datang pada bila2 masa..tidak kira siapa kita..muda, tua, kaya, miskin, berpangkat, berkuasa dan berpengaruh semuanya akan pergi...bila dah pergi semua perkara2 dunia akan ditinggalkan ...yang dibawa bersama hanyalah amalan dan kain kapan sahaja...


Sekadar garapan hati,
RZH






Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke