Skip to main content

Sayangi Kehidupan, Jangan Stres stres...


#SantaiSantaiMenulis
#HappyWeekend
#BuatApaYangKitaMinat
#anggerikdesa

Hujung minggu datang lagi. Kali ni hujung minggu yang panjang sebab cuti umum CNY. Gunakan sepenuhnya cuti yang panjang ini untuk bercuti dan merehatkan minda, dan recharge diri. Hidup ini mesti enjoy dan hepi2 selalu. Jangan terlalu serius dengan perkara yang membuat kita rasa stress. Kendalikan semuanya dengan berhemah dan profesional...yang penting jangan stress2!

Sekadar berkongsi satu artikel yang saya baca...mungkin bermanfaat buat kita semua.

1. Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia adalah perkara normal namun perlu ada kawalan dan limitnya. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa dan situasi.

2. Ada dua jenis tekanan, iaitu eustress iaitu tekanan yang memberikan kesan yang negatif. Dan satu lagi adalah distress yang memberikan kesan negatif.

3. Tekanan dipercayai merupakan penyumbang terbesar kepada penyakit2 kronik seperti kanser, masalah paru2, masalah jantung dsbnya berkaitan.

4. Daripada sudut psikologi, seseorang yang mengalami tekanan akan berada dalam kebimbangan, daya tumpuan rendah, bingung dan cepat marah.

5. Daripada sudut fisiologinya pula, tekanan akan menyebabkan ketegangan otot, sakit kepala, sakit belakang, imsomnia, serangan jantung dan tekanan darah tinggi.

Kesimpulannya, dalam hidup ini kita perlu sentiasa positif, punyai minda yang sentiasa terbuka, enjoy dengan life kita dan cari kebahagiaan dan kegembiraan mengikut cara dan minat kita tersendiri. Dan yang paling utama adalah keimanan kita kepada Allah...redha dan sabar atas apa jua ujian...percaya dan yakin di setiap kesulitan itu akan menyusul rahmat dan kemudahan daripada Allah...saat ujian datang latih diri untuk sentiasa berlapang dada....insyaAllah yang baik2 jua akan mengiringi kehidupan kita😊.

Saja2 menulis,
RZH
26 Jan 2020

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...