Skip to main content

Perkongsian Ceramah Seorang Ustaz...

Saya sekadar ingin berkongsi di sini intipati daripada satu ceramah agama daripada salah seorang ustaz.

Kata Ustaz ini, ada tiga perkara penting untuk kita lakukan dalam kehidupan akhir zaman ini. Tapi sebelum saya pergi kepada tiga perkara itu, saya ingin dulu berkongsi intro darpada ustaz ini..bila kita hadam betul2 setiap kata2 ustaz ini...ianya sangat melekat dan terkesan di hati.

Ustaz kata, hidup kita sekarang ini adalah sudah betul2 di akhir zaman...mmg sudah betul2 di penghujung dunia. Akhir zaman itu bermula dari zaman Rasulullah wafat...sudah lebih 1400 tahun berlalu.

Zaman dunia akhir zaman adalah zaman kejahatan bermaharajalela. Zaman di mana dunia musnah akibat tangan manusia sendiri...zaman di mana banyak berlaku gempa bumi, wabak dan penyakit merbahaya menular, banyak berlaku malapetaka, perbunuhan, perzinaan dan macam2 perkara pelik yang berlaku.

Ustaz berpesan supaya kita tidak leka dengan tiga perkara ini....kerana masa kini sebenarnya telah semakin dekat benar untuk hari kiamat itu tiba.

Tiga perkara ini adalah:
1. Kena banyak belajar agama.
2. Kena banyak bertaubat atas dosa2 lalu.
3. Kena banyak membuat kebaikan.

Mengapa kita perlu belajar agama...supaya kita tahu hukum hakam Allah dan kita jelas tentang semua perkara dalam syariat Allah...kita jelas dengan solat yang betul, membaca Quran dengan betul...kita jelas dengan tata cara seorang mukmin yang sebenar.

Mengapa kita perlu sentiasa bertaubat atas dosa2 yang lalu. Kerana sebagai manusia kita ni memang tidak sempurna..terlalu banyak dosa yang kita lakukan...berpuluh tahun kita telah melalui kehidupan dan sudah pasti terlalu banyak dosa kita yang tidak terhitung...makanya sentiasa lah memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah agar segala dosa2 kita mendapat pengampunan dari Allah.

Mengapa kita perlu sentiasa melakukan kebaikan...sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Justeru biar lah kita sentiasa berada dalam kebaikan di saat ajal menjemput nanti. Hanya kebaikan di jalan Allah sahaja dapat menenangkan jiwa kita dan menjadikan jiwa dan hati kita tunduk kepada Allah. Berbuat baik lah kepada semua orang, kepada kedua ibu bapa kita, pasangan kita, sahabat2 kita, jiran tetangga kita dan semua orang di sekeliling kita...bersedekahlah secara istiqomah...membantu mereka yang memerlukan...

Kesimpulannya, hidup ini biarlah hanya kerana Allah...sentiasa istiqomah untuk memperbaiki diri...mengejar pahala dan keberkatan hidup...kita tidak pasti bila ajal kita akan datang...ajal ini tidak mengenal tua atau muda, miskin atau kaya, sakit atau sihat..dia akan datang menemui kita bila saatnya tiba...tidak lewat atau awal walaupun sesaat.

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe