Skip to main content

Enjoy Rutin Di hujung Minggu...


#4Jan2020
#HujungMingguSabtu
#WorkLifeBalance
#anggerikdesa

Hari ni hujung minggu pertama dalam tahun 2020. Hari minggu adalah hari untuk merehatkan dan menyantaikan diri, recharge diri, enjoy2 hati, "belai hati", masak2, kemas2 rumah, intai2 keperluan rumah dan keperluan dapur, juga keperluan anak2, keluar jalan2, shopping, berekreasi dan sebagainya lagi.

Bagi ibubapa yang mempunyai anak2 kecil yang masih bersekolah, sudah pasti di hujung minggu ini akan sibuk menguruskan persiapan dan keperluan anak2 sekolah. Banyak perkara perlu dibuat...antaranya mungkin mencuci baju, baju sekolah dan baju harian di rumah, kasut sekolah, memastikan anak2 menyiapkan kerja2 sekolah, memastikan semua keperluan anak2 mencukupi. Mungkin ada lagi yang tak sempat membalut buku2 teks anak2 dan menyambung urusan itu pada hari minggu pertama ini.

Mungkin juga di hujung minggu ni juga ada plan untuk keluar ke mall mencari barang2 keperluan tambahan atau barang2 yang masih belum lengkap untuk persekolahan anak2...atau mungkin juga ada antara ibubapa yang turun ke sekolah anak2 hari ni, mungkin nak bantu siapkan dan cantikkan kelas, atau mungkin ada urusan lain yang diminta oleh pihak sekolah.

Bagi mereka yang "telah merdeka" daripada anak2 kecil yang masih bersekolah, maksud saya sudah bebas daripada menguruskan anak2 kecil sebab anak2 dah besar, sudah tiada di rumah, mungkin dah kahwin atau sedang di kolej pengajian atau universiti...sudah pasti ada rutin hujung minggu yang tersendiri la kan...mungkin berkebun di awal pagi hujung minggu, keluar breakfast di luar dengan pasangan, plan pergi tengok cucu, mungkin ada aktiviti usrah dan mengaji Quran dengan kawan2 sama ada di rumah atau di surau, mengemas rumah...

Mengemas rumah ni rutin untuk semua sebenarnya sama ada yang ada anak kecil atau anak dah besar...kan😀. Dan sudah pasti juga semua rutin dan urusan2 pilihan hati di hujung minggu dilakukan oleh semua orang sama ada yang masih belum ada cahaya mata, atau masih ada anak2 kecil, atau anak dah besar...rutin hujung minggu adalah rutin standard dilakukan oleh semua orang mengikut keselesaan dan minat masing2😀.

Tidak kisah la kita berada di kategori yang mana, sama ada anak2 masih kecil atau anak2 sudah besar...yang penting di hujung minggu ini kita sentiasa enjoy dan gembira dengan apa jua yang kita lakukan...rehat, bersantai, recharge diri, terapi diri, bersenam dan berekreasi, beri masa untuk anak2, pasangan dan keluarga, dan sebagainya lagi....yang penting adalah apa saja yang dilakukan, lakukan lah dengan hati dan jiwa...lakukan dengan meletakkan jiwa ke dalamnya...juga lakukan dengan penuh rasa keikhlasan, ketenangan dan kebahagiaan dan bukan melakukannya dengan rasa terpaksa, tidak ikhlas,  tergesa2 dan gopoh-gapah.

Mengapa perlu ikhlas dan tenang...kerana bila kita melakukan dengan hati yang tenang segala perkara itu dapat kita hayati "keseronokan dan kenikmatannya"...bila kita seronok atas apa jua perkara, maka kita tidak mungkin merasakan itu adalah satu bebanan dan yang paling penting kesan kepada mentaliti sebegini adalah...segala perkara yang kita lakukan tidak akan memenatkan kita, malah kita rasa hepi melakukannya. 

Jadinya seiring lah maksudnya bahawa hujung2 minggu ini adalah masa untuk berehat, bersenang2 dan menyantaikan diri, hati dan mental...berehat2 dan bersenang2 dalam erti kata melakukan pekerjaan dan "bukan duduk sajo jah" tapi kita melakukan kerja2 rumah tanpa memberikan rasa penat, bebanan atau rasa stres.

Dalam hidup ini, apa lagi yang kita harapkan selain rasa tenang dan bahagia dalam apa jua yang kita lakukan...


Saja2 menulis,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...