Skip to main content

Enjoyzzz dan Positif Dalam Kehidupan...



#anggerikdesa
#santai2menulis

Hidup ini biar kekal dalam tenang, damai dan bahagia. Tenang dan damai ini kita yang "tentukan" dalam erti kata kita boleh controlnya dengan minda kita selagi mana hati sentiasa ikhlas dan sentiasa mengingati Allah. Hati sentiasa beristigfar  dan berzikir walau ada masa tidak dilafazkan, tapi tetap dibisikkan dalam hati. Latih diri sebegini kerana sangat lumayan hasilnya kepada diri dan orang sekeliling kita.

Usah di "taksubkan" terlalu tinggi dengan sebuah keegoaan dan kesombongan, kerana nanti mungkin boleh menjadikan kita lupa dan tanpa sengaja terlalai bahawa kita semua ni kerdil..kerdil dalam erti kata kita semua kita ini adalah hamba Allah yang diciptakan untuk kita menjalankan tanggungjawab kepada-Nya dan hidup dalam syariat-Nya yang diredhai. Di sisi Allah kita semua ni sama...hanya dunia saja mencipta jurang antara kaya miskin, berpangkat dan tidak, berharta dan tidak...sehingga manusia "terlalu angkuh" dan begitu menjaga prestij kononnya...sedangkan hakikatnya kalau dibygkan nanti bila tiba masa kita pergi mengadap Ilahi, semuanya melalui proses yang sama.

Kerana itu, tidak perlu ada dalam diari hidup kita istilah "enggang dengan enggang, dan pipit dengan pipit" sangat...dalam hidup juga biar lah kita belajar untuk redha dan tenang...jangan cepat marah, cepat melenting, orang semua tak betul, kita saja yang hebat...merendahkan dan memburukkan orang lain...berfikir dalam frekuensi neutral...kalau kita pun tidak lari daripada melakukan kesilapan, makanya pun orang lain juga sama...masa kita silap kita sangat mengharapkan orang boleh terima dan tidak bersangka buruk, makanya orang lain pun sama..makanya, hindari sikap mudah syak wasangka dan cepat menuding, dan jangan cepat mereka teori dalam fikiran kita tentang sesuatu kerana bimbang teori kita tu salah, maka kita yang akan menanggung dosanya...yang lebih rugi nanti dosa ini akan mengikat diri kita untuk rasa tenang dan damai...itu sebab ada masa diri kita rasa tak tenang dan rasa gelisah tidak bersebab!

Justeru, andai dalam rasa kecewa, terluka, dalam kesedihan, disakiti, dipinggirkan, dilukai dan sebagainya lagi yang menyakitkan, usahlah cepat melatah, usah cepat rasa "down"...itu semua kan asam garam kehidupan yang datang dan pergi silih berganti...hidup inikan ibarat roda, ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah...ujian juga Allah hadirkan untuk menguatkan kita...jadinya kalau kita pegang di situ, hidup kita boleh kita kawal untuk tidak begitu gundah gulana dan gelisah memikirkan perkara2 yang boleh "merosakkan hati" kita. Sebaliknya kita mencari penawarnya dengan mendekatkan diri dengan Allah...solat di awal waktu, zikir dan doa.

Prinsip penting dalam kebahagiaan hati adalah sentiasa positif, ikhlas, tenang, damai dan enjoyzzz dengan apa jua yang kita lakukan. Bila hati dan perasaan kita hepi makanya seluruh anggota kita juga "hepi"..segala apa yang kita lakukan, walau rumit sekalipun akan lancar dan lebih mudah...fikir mudah dan jangan fikir susah...insyaAllah semua akan jadi mudah...ini prinsip NLP...apa saja yang kita fikir dan bayangkan di fikiran kita, maka itu lah yang akan terjadi..jadi, jangan fikirkan perkara yang negatif...fikir yang baik2 saja😄

Salam Hormat.

RZH,
5 Januari 2020

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe