Skip to main content

Pemikiran Kita Biarlah Berlandaskan Redha Allah...

Pemikiran kita tidak mungkin sama dengan pemikiran orang lain. Walau bagaimanapun pemikiran yang baik adalah pemikiran yang berlandaskan kepada iman, rasional, waras, logik, fakta, justifikasi dan alasan yang kukuh, peraturan berkuatkuasa, perikemanusiaan, adab dan budaya...

Makanya, andai ini yang kita jadikan asas dalam pemikiran kita, sudah pasti pemikiran setiap seorang tidak akan lari jauh. Pemikiran akan berbeza jauh sekiranya soal sombong, ego, kepentingan diri, hasad dengki, mementingkan kroni dan sebagainya berkaitan yang kita jadikan sebagai asas.

Justeru, sebelum pemikiran kita dilontarkan dan dijadikan salah satu penyumbang kepada keputusan dibuat, makanya sentiasalah berwaspada dan mengambil ingatan bahawa:

1. Setiap apa yang kita fikir dan lontarkan, semuanya Allah menjadi saksi. Balasan Allah atas segala perbuatan tidak baik dan niat kita yang terselindung akan kita terima suatu hari nanti.

2. Semasa memberikan pandangan, jangan sekali2 kita berniat untuk mengenakan orang dan menjadikan orang sebagai mangsa.

3. Jangan kita membiarkan dendam dan dengki untuk mempengaruhi pandangan kita.

4. Setiap keputusan itu akan ada risiko. Perlu mengambilkira semua faktornya dan selepas itu bersedia untuk mengambil risikonya.

5. Keputusan kita biarlah bermanfaat kepada semua pihak.

6. Keputusan kita disandarkan kepada redha Allah.

Justeru, seandainya pemikiran dan keputusan kita mengandungi keenam-enam elemen ini, maka sudah pasti keputusan kita adalah keputusan yang meminimumkan risiko dan tidak ada mereka yang teraniaya, tersinggung dan terluka.

Sekadar tulis2 saja,
RZH
21 Jan 2020


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...