Skip to main content

Rasa stress yang menghambat dengan 1001 macam ragam manusia...

Stress ataupun tekanan datang pada ketika yang kita tidak boleh menduga dan menjangka. Masa ia datang memang resah rasa hati, bercelaru rasa fkiran dan hidup rasa tidak tenang. Banyak punca yang menyebabkan kita rasa stress sebenarnya, antara sebab utama adalah adalah stress dengan sikap dan perangai manusia.

Pada entri kali ini saya nak menulis tentang rasa stress yang disebabkan oleh sikap dan perangai manusia dan bagaimana cara untuk kita mengatasinya. Sikap dan perangai manusia ni macam-macam sebenarnya bentuknya. Susah kita nak elak sebab ianya di luar kawal kita.

Perangai manusia ni ada 1001 macam perangai, ada yang ego dan sombong dengan kuasa, ada yang banyak pula soalnya..ada yang terlalu detail sangat sehinggakan benda tak penting pun nak detail juga...ada yang cerewet sangat, ada yang berkira sangat, ada yang tak ambik kisah langsung, ada yang jenis tak teliti, ada yang jenis tak kisah, ada yang jenis lebih sudu dari kuah, ada yang bla bla bla...hehe banyak kan...

Apa agaknya tips yang perlu kita tahu untuk kita handle ragam manusia yang 1001 perangai dalam pengurusan ni.

Jom kita cuba tips ini:

1. Kalau kita seorang pengurus, buat persediaan secukupnya. Jangan ambil mudah, kaji dan faham semua perkara dan bersedia dengan jawapan bagi soalan yang kita jangka bakal ditanya.

2. Sebagai pengurus kita perlu bijak dan berstrategi dan mesti mempunyai kemahiran menjangka dan meramalkan tentang sesuatu perkara.

3. Ilmu pengetahuan kita perlulah meluas...belajar dengan cepat apa yang kita tidak tahu. Jangan malu untuk bertanya semata2 kerana ego kita.

4. Sentiasa update ketua tentang apa jua perkara yang berkaitan dengan tugas kita.

5. Perlu lebih kreatif dan proaktif dalam menguruskan sesuatu isu. Jangan tunggu benda datang kepada kita. Ada benda yang perlukan kita proaktif mengejar dan bertanya untuk sesuatu yang dinamakan "urgent matter".

6. Elakkan budaya "bossy" jenis serah semua pada anak buah..kononnya kita ni sudah di gred tinggi dan tidak boleh lagi nak buat kerja2 pelaksanaan ni...kononnya perlu merancang dan merangka saja...terjemahan ketua bukan begitu...ambil konsep "kepimpinan melalui teladan".

7. Seorang pengurus berada di gred tinggi kerana prestasi bagus, kepakaran dan pengalamanya yang telah lama dalam pengurusan dan pentadbiran. Kita perlu ingat, setiap orang mempunyai standard tersendiri dlm penghasilan kerja...kalau kerja kita, kita minta kerani kita yang fikirkan untuk kita..maka hasil kerja itu bukan di standard pemikiran kita... Justeru elemen pengalaman, kepakaran dan leadership kita mana kita nak "selit" dalam satu2 penghasilan kerja kalau kerja itu konsep dan framework nya tidak datang dari kita!

8. Jangan layan rasa "bengang", rasa marah dan rasa cuak yang hadir dalam diri bila berhadapan dengan manusia yang 1001 macam ragam ni. Sebaliknya kita latih diri untuk tenang saja...calm...senyum dan amalkan zikir dalam hati pada setiap saat. Belajar untuk tidak prolong sesuatu rasa geram dan marah itu dengan whatever cara yang kita selesa. Sekali lagi saya highlight kan di sini bahawa jangan buang aura positif dalam diri kita hanya kerana fikiran kita tidak lepas2 daripada memikirkan perkara menyerabutkan yang sangat remeh temeh dan sepatutnya tak perlu kita letak dalam fikiran!

Sekadar perkongsian dan renungan bersama kita semua saja...

Salam Hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe