Skip to main content

Doa buat seorang sahabat sejati...

Dunia ini begitu lah...malam ni termenung panjang...merenung sesuatu tentang kehidupan. Kehidupan yang semakin "merapati destinasi".

Balik dari tugas rasmi di luar kawasan tadi sempat menghubungi seorang sahabat...panggilan yang tertangguh sebenarnya...sejak Jumaat lalu WhatsApp dari sahabat ini tidak sempat saya reply...saya agak buzy back to back sejak Jumaat tu lagi...masa agak tak sempat...hari ni sambil driving back baru sempat call.

Sahabat ini bukan setakat sahabat...tapi dia lah kakak dia lah emak...usianya sebaya emak saya...telah hampir 23 tahun mengenalinya, mula2 saya bekerja dulu kami bertemu...dia banyak membantu saya masa mula2 kerja dulu...mcm mentor saya la juga kiranya. Kami cepat baik, mungkin sebab datang satu negeri...tambahan lagi sahabat ini baik dan peramah orangnya..sangat mengambil berat dan macam mak2 gitu perwatakannya...kiranya macam tempat saya bergantung...dia jugalah yang selalu  membawa saya atau menemani saya ke situ sini bila ada keperluan tertentu...andai perlu seseorang untuk saya mengadu...dia la orangnya tempat saya bercerita dan meluah rasa. Tempat saya mendapat nasihat dan pandangan...tempat saya mendapat semangat dan kekuatan kembali...bila saat diri rasa down...dia lah yang saya cari.

Hari ini melalui perbualan di telefon...sahabat ini memaklumkan dirinya tak berapa sihat...darah agak rendah dan keadaan jantung macam tak stabil...Allahuakbar...
keadaannya yang tidak sihat membuatkan hati saya rasa risau...dia tidak pernah tidak sihat, sepanjang mengenalinya dia seorang yang cergas dan aktif orangnya..ke sana ke mari membuat kerja2 amal dan berpersatuan, berusrah dengan rakan2...menguruskan geng baca Quran...kadang2 sibuk memasak menerima tempahan kawan2. Sahabat saya ni memang gemar memasak dan memang pakar masak memasak...sedap masakannya. Seharian itu, walaupun dah bersara dari perkhidmatan lebih lima tahun lalu dia tetap buzy dgn pelbagai aktiviti.

Sahabat saya sekarang ni sedang berada di rumah anaknya di selatan. Katanya bila dia di sini, senang untuk anaknya memantau bp dan jantungnya...anaknya bertugas sebagai jururawat. Hati saya juga cukup sayu dan tersentuh bila dia beritahu dia ke sana dengan bas dan husbandnya menemani...mengapa naik bas tanya saya...dia kata dia prefer untuk naik bas sebab rasa tak larat untuk bawa kereta. Selalunya kalau drive ke sana dia akan bergilir dengan husband untuk drive, tapi bila keadaan kesihatannya tidak mengizinkan untuk dia bawa kereta, dia risau takut husbandnya juga tidak dapat drive sorang2 tanpa bergilir...

Allah....saya rasa sayu sangat di hati...itu lah life...peredaran masa dan usia akan menjadikan sampai suatu ketika kita tidak lagi berdaya dan tidak sekuat dulu lagi untuk memutar stereng kereta. Kita tidak selincah dan setangkas dulu lagi.
Kita semua akan melalui saat2 itu...keinsafan hadir dalam diri saya...dan sememangnya semenjak dua menjak ini fikiran saya selalu memikirkan tentang perubahan demi perubahan dalam hidup kita yang wajib kita semua lalui bila masa terus berganjak dan usia kita terus meningkat.

Kembali kepada cerita saya dengan sahabat saya ini, saya dengan sahabat saya ini, walau tidak bersama lagi dalam kerja seperti dulu, tapi kami masih seperti dulu rapat dan masih berhubung. Rumahnya dekat saja dengan tempat kerja saya..selalunya bila dia masak masakan kegemaran saya..dia akan call saya untuk datang makan masa lunch time...selalunya lunch time masa hari Jumaat la...masa rehat agak panjang cket.

Malam ni sesambil saya berehat menghilangkan kepenatan...saya merenung jauh dan fikiran melayang semula kepada perbualan saya dgn dia tadi...hati saya risau dan berdebar sedikit bila dia cakap dia tidak sihat...saya risau sesuatu akan berlaku...sesuatu yang saya tak mahu tuturkan...hanya terdetik di hati...

Segala kisah dulu2 dua puluh tahun yang lampau terbayang di ruangan mata...saya tidak dapat bayangkan andai suatu hari nanti kita akan kehilangan orang yang begitu rapat dengan diri kita...tempat kita bergantung...tiada lagi bual mesra, tiada lagi tawa riang, tiada lagi kata nasihat sebagai orang tua yang dpt saya dengar...tiada lagi panggilan yang akan saya terima mengajak datang makan dan bersembang di rumahnya...Allah...sayu dan pilu rasa hati bila mengenangkan semua ini.

Saya mengharapkan semua bayangan ini tidak berlaku dan tidak akan saya lalui...walau saya tahu semuanya itu tetap perlu dilalui, cuma masanya saja yang kita tidak pasti kerana masa itu hanya Allah jua yang tahu...

Fikiran saya yang menerawang jauh ini saya tutup dgn istigfar panjang...menarik nafas panjang dan melepaskannya juga panjang...saya absorbed semuanya letak dalam hati dan biarkan ianya di situ dulu...hati rasa begitu terkesan.

Saya memanjatkan doa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada sahabat saya ini..biar dia seperti dia yang selalu, lincah dan aktif dgn kerja2 CSR nya...dipanjangkan umur dan diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang masih berbaki ini...dan semoga sahabat saya ini sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah...ameen.

Sekadar coretan rasa,
RZH








Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe