Skip to main content

Dalam sedih ingat Allah dalam bahagia ingat Allah...

Malam ni masih menjenguk ke blog. Urusan rasmi di hujung minggu di luar kawasan menjadikan mata sukar sedikit dilelapkan walaupun kepenatan sebenarnya.

Di lewat malam sebegini saya ingin menulis tentang suatu rasa yang semua orang akan rasai, lalui dan alami sama ada nak atau tidak ianya tetap datang. Takkan mungkin dapat dihindari kerana kita ini adalah hamba Allah yang diciptakan dengan mempunyai hati dan perasaan.

Manusia tetap tidak akan boleh lari dengan rasa sedih dan kecewa...rasa terpinggir dan meminggir...ini semua lumrah hidup.

Bagaimana agaknya kita ingin menangani situasi sebegini...nak elak memang tak mungkin, nak lari memang tak dapat...yang perlu dibuat adalah redah, kunyah dan telan.

Justeru, jangan sesekali diri tunduk dengan rasa ini. Jika kita tunduk kita akan hadapi kegagalan dalam kehidupan kita. Jangan biarkan kegagalan kita mengawal diri menjadikan hidup kita musnah. Musnah dalam erti kata rasa down, rasa tidak bersemangat dan tidak berminat untuk apa jua perkara.

Dalam hidup ini, pusingannya wajib sepertimana roda yang berputar. Rasa yang kita hadapi itu sama ada sedih, kecewa, bahagia dan derita adalah sementara sifatnya...akan ada masanya ia akan berlalu dengan sendiri. Jadi mengapa perlu risau..."layan" saja lah dalam erti kata kita menghayati rasa itu supaya kita benar2 feel dan akhirnya memberikan satu kesedaran kepada kita bahawa hidup ini akan rumit sekiranya kita tidak mengingati Allah dan membelakangkan Allah dlm apa jua perkara...Allahuakbar...semoga kita tidak berada dalam kalangan orang2 sebegitu.

Latih diri dan sentiasa tanam dalam diri bahawa dengan mengutamakan Allah dalam apa jua perkara...Allah juga akan berikan keutamaan kpd kita dalam apa jua yang berlaku.

Kesimpulannya dalam gembira ingat Allah dan dalam sedih juga ingat Allah...tidak ada sesuatupun kita biarkan untuk mengaburi dan melalaikan kita. Ingatlah apa jua yang Allah berikan kepada kiya adalah yang terbaik buat kita....pegang di situ!

Semoga kita terus dalam redha Allah dan tenang dan bahagia selalu. Ameen.

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...