Skip to main content

Merenung Diri...

Malam semakin sepi...waktu semakin lewat...bunyi rintik hujan di luar rumah antara dengar dengan tidak...

Semua makhluk Allah mungkin telah lama dibuai mimpi...

Selesai memberikan salam...tetap mengekalkan kedudukan di sini. Merenung jauh tentang kehidupan...tentang masa yang begitu singkat sekali yang masih berbaki.

Merenung sejenak tentang diri...tentang hampir 50 tahun ke belakang yang telah dilalui...andai dihitung...365 hari didarab dengan 50 tahun...berapa jumlahnya...sudah pasti terlalu besar...
18250 hari. Allah...sehariannya itu 24 jam...kalau 24 jam ini didarab dengan 18250 hari berapa pula jumlah yang akan keluar...

Kesimpulannya sudah terlalu lama Allah memberikan peluang berada di dunia...terlalu banyak juga dosa yang dilakukan...dosa kecil dan dosa besar bergabung...risau tentang keampunan dari Allah.

Andai masa di depan masih berbaki 10 tahun lagi misalnya...sudah terlalu singkat sebenarnya masa yang tinggal. Risau tidak sempat sampai 10 tahun itu..mungkin lebih awal...

Justeru, diri sentiasa diingatkan agar tidak terleka...diri perlu diingatkan agar sentiasa memohon rahmat dan kasih sayang Allah agar hati diberikan ketetapan untuk terus meningkatkan keimanan kepada-Nya...tetap dalam solat, zikir dan doa...kerana tiada lagi yang lebih utama selain daripada ini...yang lain itu akan datang sebagai pakej bila yang ini kekal istiqomah.

Salam Hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...