Hari ni saya tak merancang untuk ke mana-mana..sekadar merehatkan diri di rumah dan menyantaikan badan yang mungkin perlukan rehat yang cukup setelah dua minggu ni agak penuh bekerja termasuk di hujung minggu. Jadinya sambil2 berehat ni kalau ada mood saya menulis...dunia penulisan ni minat saya sejak kecil cuma bergantung kepada masa saja...saya menulis bila ada saja idea yang muncul di fikiran...idea ni tak datang selalu, masa datang tu teruslah menulis sebab kalau ditangguhkan idea ni kadang-kadang boleh hilang terus dan tidak mudah untuk kita recall semula di fikiran. Rasa rajin untuk menulis ni kadang-kadang ikut 'mood' juga...hehe.
Minggu lepas ada staf bawah seliaan saya masa saya mula2 bekerja dulu meminta tips untuk menghadiri temuduga. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada dia kerana diberikan peluang kenaikan pangkat dengan dijemput untuk menghadiri temuduga ini. Saya doakan semoga dia sukses dalam temuduga nanti...insyaAllah. Ina, all the best to you!
Tips yang saya kongsikan ini adalah dari pengalaman yang dilalui...dari sudut pandangan mata saya yang juga pernah menjadi penemuduga..Jadi mungkin tips ini boleh dijadikan rujukan dan dipraktikkan kepada calon-calon yang bakal menghadiri temuduga di pelbagai peringkat gred dan jawatan.
Dalam penulisan ini saya tak mahu menyentuh tentang perkara-perkara yang sangat asas (basic) dalam menghadiri temuduga..yang asas ni dah memang wajib dan semua orang melakukannya...apa yang penting adalah kita mengetahui dan mengamalkan perkara yang jarang dibicara dan kongsikan yang dapat memberikan nilai tambah...kalau yang basic semua orang dah buat dan tahu, antaranya adalah memberi salam, mengetuk pintu, masuk bila disuruh masuk, mohon izin untuk duduk di kerusi, ucap terima kasih, tutup pintu selepas keluar bilik temuduga, bawa sijil dan semua dokumen berkaitan, pakaian kemas....yang ni memang wajib buat la..jadi saya tak perlu fokus pada penulisan tentang ini...dalam penulisan ini saya kongsikan perkara yang lebih penting untuk persediaan menghadapi temuduga.
Antara tips penting adalah:
1. Sentiasa senyum.
Senyuman ini boleh melembutkan hati orang yang melihat kita dan memberikan daya tarikan yang luar biasa. Senyuman membantu kita mengekalkan mood yang baik. Senyuman menjadikan penampilan kita akan lebih dipandang cantik. Senyuman juga dapat meredakan stress, rasa keresahan dan kegelisahan. Senyuman juga mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk lebih rileks dan positif. Selain kita dilihat tenang dan bersedia, senyuman itu juga blh membuatkan kita nampak berkeyakinan tinggi. Senyuman ini juga mencerminkan hati kita yang ikhlas dan bersih.
William Shakespeare menyatakan:
"Apa yang anda mahukan akan lebih mudah dengan mengukirkan senyuman daripada menentangnya dengan pedang"
Wahh gitewwww....haha sempat lagi!
2. Bijak Berkomunikasi Dalam Temuduga Secara Berkumpulan
Sekiranya dipanggil masuk secara berkumpulan (biasanya tidak melebih 3 orang) pelihara tutur kata dan cara kita berkomunikasi dalam kumpulan. Biar kita nampak lebih profesional, matang dan tenang. Elakkan daripada mendominasi perbincangan, jaga 'eye contact dengan calon-calon yang lain, jaga intonasi dan pitching suara, kawal emosi, beri laluan dan banyak bertoleransi. Elakkan juga daripada kita kelihatan agak tergesa-gesa berebut untuk menjawab bagi menunjukkan bahawa kita lah yang paling tahu dan paling bijak, dan kitalah yang paling cepat menjawab...jangan kita salah tafsir dengan tujuan mengapa temuduga secara berkumpulan di adakan. Tujuannya ialah untuk melihat kemampuan dan kematangan calon dalam berbincang dan memberikan pandangan secara berhemah, menghormati antara satu sama lain, tahap kawalan emosi apabila berlaku perbezaan pendapat, tidak memperkecilkan idea orang lain, bertoleransi dan matang dalam mengendalikan perbincangan, bijak dalam mengeluarkan pandangan dan profesional dalam menjadikan perbincangan itu harmoni dan ceria.
3. Jangan Risau Kalau Tidak Tahu Jawapan Kepada Soalan
Pada setiap soalan yang ditanya oleh penemuduga, tidak semestinya kita perlu menjawab dengan betul kecuali kalau soalan tu berkaitan dengan pengetahuan am tentang negara atau institusi tempat kita bekerja..contohnya nama Perdana Menteri Malaysia. Kalau soalan berkaitan pengetahuan am yang common sense...memang wajib kena tahu jawapan yang betul. Tapi bagi sesetengah soalan yang agak rumit atau soalan yang berbentuk mendapatkan pandangan...jangan risau kalau kita tak tahu jawapannya, jangan sesekali buat muka beremosi, muka stress dsbnya lagi...sebaliknya berilah jawapan apa saja yang berkait dengan soalan, yang penting di sini adalah bagaimana kita mendengar dan memahami soalan dengan baik, mengolah ayat dan bercakap memberikan pandangan dan menghuraikannya berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada dalam diri...olahan dan huraian yang tersusun, tenang dalam menyusun kata dan tidak 'kelam-kabut'.
4. Amalkan 'Pause' Seketika Sebelum Menjawab
Setiap kali ditanya, jangan terus menjawab..pause dulu sekejap dan fikirkan dulu apa kehendak soalan...biar nampak kita relax dan tidak gopoh...susun ayat baik2..bercakap dgn nada biasa..intonasi bersahaja tapi penuh bertenaga.
5. Cukup Bersedia Dengan Maklumat
Banyakkan membaca perkara-perkara berkaitan pengetahuan am, tentang bidang tugas kita, tentang institusi tempat kita bekerja. Tentang negara, mungkin tentang situasi-situasi dan berita-berita semasa/terkini, tentang sejarah negara mungkin, tetang ketua negara. Manakala tentang institusi tempat kita bekerja, mungkin berkaitan dengan sejarah, ketua institusi, visi dan misi, pelan-pelan strategik yang menjadi 'kitab' kepada institusi, dan mungkin KPI2 penting. Kumpulkan sebanyak mungkin info dalam kotak fikiran kita supaya bila nak menjawab nanti maklumat yang ada nanti cukup untuk kita 'goreng' untuk menjawab soalan yang ditanya.
6. Tips Istimewa Berkaitan Penampiran Diri dan Komunikasi
i. sentiasa Jaga 'Eye Contact'/'Eye Gaze' - maksudnya jaga pandangan mata kita dengan siapa penemuduga yang bertanya, pandang ke mata/mukanya apabila menjawab soalannya, sesekali mengalihkan pandangan kepada penemuduga yang lain to show respect to others. Jangan sesekali kita melihat, merenung, terkebil2 nampak seakan kita tidak bersedia, takut, blur dsbnya lagi. Mengikut kajian, jika anak mata kita melihat ke atas sebelah kanan, ianya bermaksud kita sedang recall memory
ii. Gaya pertuturan - Jaga intonasi, nada suara yang bersesuaian, jaga pitching suara, maksudnya tinggi rendah volume suara kita supaya bersesuaian.
iii. Jaga facial expression, gesture dan posture - Facial expression merujuk kepada mimik muka/riak wajah/air muka kita..senyum, tunjukan hepi dan tenang, tidak berkerut dsbnya berkaitan. Gesture merujuk kepada isyarat anggota badan, contohnya beberapa isyarat menggunakan tangan/jari, mengangkat bahu, isyarat mata dsbnya berkaitan. Manakala posture pula merujuk kepada posisi kedudukan kita, cara berdiri, cara duduk, lentok badan dsbnya berkaitan.contohnya duduk dengan sopan/tegak/tidak bersilang kaki, jangan terlalu membongkok, cara kita berjalan, jangan mendabik dada nampak macam arrogant, dsbnya lagi berkaitan.
iv. Penampiran diri luaran (Appearance) - Jaga penampilan kita, pemilihan pakaian yang sesuai, sopan, dan menarik, juga tidak berlebihan, dan tidak terlalu berfesyen. Pemilihan aksesori yang sesuai dan tidak berlebihan. Pemilihan warna yang sesuai untuk menampilkan diri kita. Cari warna yang paling sesuai dengan kita dan membuatkan kita nampak menarik dan anggun (bagi wanita, kasut mestilah yang ada tumit, tidak terlalu tinggi mungkin dalam satu ke satu setengah inci, atau bagi kasut yang flat, sekurang-kurangnya ada tumit juga atleast setengah inci. Pakai kasut hitam dan bertutup, wajib berstokin bagi lelaki, tudung yang bersesuai (bagi yang tidak bertudung, pastikan rambut diikat dan tidak diuraikan/dilepaskan. Menjaga kebersihan peribadi, bagi lelaki, pastikan rambut pendek, kemas dan terurus, jambang, janggut, dan misai dirapikan, kuku pendek dan bersih (tidak berinai bagi wanita), badan tidak berbau, dsbnya lagi. Jangan lupa bahawa penampilan diri kita melambangkan keperibadian kita dan sangat memainkan peranan dalam mempengaruhi persepsi/pandangan/tafsiran orang kepada kita.
v. Show respect pada setiap masa, sentiasa menganggukkan kepala tanda kita bersetuju/faham dengan apa yang dibincangkan atau apa yang dikatakan oleh penemuduga.
7. Doa dan Solat Hajat
Selepas semuanya kita telah bersedia, maka serahlah selebihnya itu kepada Allah..berdoa secara konsisten, zikir pada-Nya, dan solat hajat untuk memohon kejayaan atas satu-satu perkara, itu adalah amalan kita semua pada setiap masa dan ketika, juga tujuan. Yang ini terpulang kepada gaya hidup dan amalan masing2.
Selepas semuanya kita telah bersedia, maka serahlah selebihnya itu kepada Allah..berdoa secara konsisten, zikir pada-Nya, dan solat hajat untuk memohon kejayaan atas satu-satu perkara, itu adalah amalan kita semua pada setiap masa dan ketika, juga tujuan. Yang ini terpulang kepada gaya hidup dan amalan masing2.
8. Mengamalkan Konsep Neuro Linguistic Programming (NLP)
Tips terakhir yang ingin saya kongsikan adalah mengenai NLP, dalam setiap kali 'talk' saya kepada peserta akan sentiasa saya share tentang tips ini. NLP ni sangat penting diamalkan dalam kehidupan kita atas apa juga perkara yang kita inginkan/lakukan. NLP adalah konsep di mana, kita bayangkan/visualkan setiap apa yang kita harapkan/inginkan dalam fikiran kita, sentiasa bayangkan yang kita berjaya, bayangkan yang baik2 sahaja, insyaAllah dengan doakan kepada Yang Maha Kuasa, segala apa yang kita hajati akan kita peroleh dengan syarat kita telah berusaha sebaiknya dan kita sentiasa mengamalkan kehidupan yang positif, hati yang bersih dan ikhlas. Dalam konsep temuduga, selepas segalanya telah kita lakukan, semasa memanjatkan doa kepada Allah...berdoalah dengan penuh keyakinan dan bayangkan pada saat itu kita adalah antara orang yang akan berjaya dalam temudugan esok hari...Konsep ini sangat best sebenarnya andai kita memahami secara keseluruhannya. Dalam penulisan ini saya tidak dapat menghuraikan panjang lebar sebab penulisan ini kita bercakap tentang tips menghadiri temuduga....tengok nanti andai saya ada masa dan ada mood untuk menulis tentang NLP, maka saya akan menulis untuk perkongsian semua.
Selamat berjaya bagi yang akan menghadiri temuduga!
Usaha, Doa, Zikir, dan Hati Yang Bersih adalah prinsip untuk segala-galanya....
Salam Hormat
RZH
Comments
Post a Comment