Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Pengat Cempedak


Lewat petang ini bersantai2 saja rehatkan minda dan simpan tenaga untuk menghadapi rutin kerja normal...kitaran hari kerja minggu ni bermula kembali bermula Isnin hingga Jumaat...mesti refresh segalanya dan recharge segalanya terutama soal mood..soal tenaga, soal semangat..fizikal dan mental...mesti sentiasa bersedia barulah momentum kita sentiasa maintain...wahhhh gitewww😂

Sesambil menunggu masuknya maghrib dalam 7.07 mlm nanti...maghrib awal lo ni...makanya menulis resepi la sat...resepi pun resepi mudah saja...very simple punyer resepi tapi sedapnya mmg first class..hahaha first class untuk taste saya la sebab saya ni penggemar pelbagai pengat...terutamanya pengat pisang, pengat nangka mahupun pengat cempedak...

Bahan2nya:

1. Opkos la cempedak..😊
2. Santan dalam 3 ke 4 cawan
3. Gula melaka (ore kelate sebut nise)
4. Gula putih
5. Secubit garam
6. Sehelai daun pandan disimpul dan diikat.

Cara2:

1. Kupas cempedak dan asingkan dalam satu bekas...kalau nak keluarkan bijinya pun boleh tak mau keluarkan biji pun boleh..biasanya saya lebih suka tak keluarkan...nanti cempedak tu kekal nampak bulatnya...

2. Masukkan cempedak dalam periuk beserta santan, gula putih dan nise tadi juga daun pandan...nise biasanya dlm satu ke dua keping, gula agak2 dgn tahap kemanisan yang dikehendaki ya..biasanya dalam tiga empat sudu saja. Tapi kalau masak pengat ni biar lah manis sikit..memang pesen masak pengat ni kena manis baru la sedap dan kena rasanya..mmg la kita nak jaga kesihatan..tapi bukan kita masak pengat ni hari2...sebulan sekali pun belum tentu..jadi tok sah dok risau sangat la nak menjaga kesihatan time nak makan sekali sekala pengat ni..😄..hilang nikmat sedap yang Allah berikan kalau dok asyik berpantang tak bertempat...memang kita berpantang juga tetapi jangan la terlalu taksub dengan berpantang sehingga kita hilang nikmat kesedapan dalam makanan2 yang ada yang pelbagai ni...

3. Masak pengat ni sekejap aje biarkan ia atas dapur mungkin dlm 10 minit dah okey..bila dah menggelegak tu boleh la dimatikan api. Masa mula2 letak atas dapur tadi, jangan lupa dikacau juga sesekali pengat ni..kalau dibiarkan tanpa dikacau nanti kuahnya berketul2...pengat jadi tak cantik dan boleh potong mood untuk makan nanti..hehehe

Kuah akan nampak cantik
mcm gini dan tidak berketul2

Taraaaa...maka siaplah pengat kita...boleh dihidangkan panas2...dimakan sejuk selepas disejukkan dalam peti sejuk pun lagi bertambah sedap rasanya...selamat mencuba ya....

Nota:

1. Garam dimasukkan bagi tujuan menambahkan rasa lemak2 pada kuah santan tadi.

2. Cempedak atau nangka ni dia berangin sikit..mungkin kalau ada yang bisa dgn buah ini..akan rasa pening atau mungkin sakit2 badan selepas makan.. standby panadol ya...hehe

3. Pengat ni boleh dicampur dgn sagu..masak asing dulu sagu ni..kemudiannya masa kita nak masak pengat terus masukkan sekali bersama santan dan bahan2 lain tadi. Terkadang kalau saya malas, sagu ni saya tak masak, masuk terus masa masak pengat tu...cumanya kalau guna kaedah ni, sagu ni nanti macam tak sempat masak sepenuhnya..tak jadi jernih sepenuhnya biji2 dia...nanti pengat  jadi tak sedap..

Orait semua..selamat mencuba ya...masak dengan hati...insyaAllah masakan kita akan jadi sedap..tips dalam memasak..😄


Salam Hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...