Skip to main content

Sembang2 Santai Tentang Kehidupan...



Bila bercakap tentang kehidupan apakah agaknya yang hadir dalam fikiran kita...bahagia, derita, cabaran  suka duka, pahit manis, dan sebagainya lagi.

Erti hidup bagi manusia adalah bernyawa, bernafas, dan bagi benda atau tumbuhan yang tidak bernyawa adalah bercambah dan berfungsi. Manakala erti kehidupan pula adalah bagaimana kita melalui hidup ini dgn sumber yang ada..bagaimana kita mencorakkan hidup kita dgn apa yang  ada di sekelilinh kita...bagaimana kita kemudikan bahtera kehidupan kita ini untuk tiba ke destinasi...bagaimana kita bijak dlm membuat perancangan...bagaimana strategi kita melaksanakannya...bagaimana kita bijak mengatasi cabaran dan bagaimana cara kita bersyukur dgn kejayaan kita dan sebagainya lagi.

Kehidupan ini mudah kalau kita memudahkannya dan akan rumit kalau kita merumitkannya. Saya teringat kata2 pensyarah saya semasa dlm pengajian Master of Corp Comm...guru saya selalu ulang sebut tentang konsep 'KISS'...Keep it Simple and Sweet...atau Keep it Simple and Short pun boley...

Pada pandangan saya, konsep KISS ini adalah konsep mudah yang boleh kita gunakan dan amalkan dlm kehidupan ini. Benda yang boleh diselesaikan dgn mudah, makanya mudahkan lah..tak perlu dirumitkan...kalau kita merumitkan benda yang mudah makanya ada faktor lain yang telah kita selitkan dalan tindakan kita...mungkin tanpa sengaja atau sengaja...kebiasaanya adalah faktor2 negatif seperti sikap ego, sombong, dengki, cemburu, tidak puas hati, balas dendam dsbnya lagi.

Konsep KISS ini boleh kita praktikkan dalam segala aspek kehidupan kita, antaranya adalah seperti situasi berikut:

1. Andai ada orang meminta tolong atau meminta bantuan kita maka tolong lah..bagi bantuan untuk perkara yang mudah..."just tolong dan tak perlu fikir panjang dan soal byk"..apa salahnya kita tolong setakat dlm kemampuan kita...selalunya kita berfikir panjang kerana kita ingin tahu macam2 sebelum kita memberikan pertolongan, cthnya, apa yg kita dapat kalau kita tolong, nanti kalau tolong mungkin akan menyusahkan kita, dok fikir biar lah org lain yang tolong dan macam2 lagi. Sedangkan hakikatnya kita lupa, keikhlasan dlm menolong adalah apabila kita menolong tanpa mengharapkan apa2 balasan...kita menolong hanya kerana Allah...makanya Allah tahu di mana akan "meletakkan kita" nanti...maksud saya Allah tahu nak memberikan balasan baik atas segala keikhlasan kita. Jadinya, andai dlm diri kita ada pemikiran begini, makanya mengapa perlu kita bertangguh lagi dlm memberikan bantuan.

2. Andai kita dlm kekecewaan dan keterlukaan. Mengapa perlu begitu lama bersedih dan melayan rasa terluka itu...just keep it simple...berikan tempoh masa tertentu saja unk melayan rasa terluka...mungkin seminggu, mungkin sebulan, atau mungkin maksimum tiga bulan...slps tempoh itu set dlm diri bahawa cukup setakat tempoh itu saja melayan rasa kecewa...melayan rasa terluka untuk tempoh yang lama adalah merugikan kita, sedangkan kehidupan ini kita perlu teruskan..pelbagai ruang dan peluang yang ada yang Allah bentangkan, mengapa kita hanya nampak satu ruang sahaja...kehidupan yang Allah berikan ini cukup indah, dan banyak pilihan yang kita boleh pilih... jadi mengapa perlu memilih derita sedangkan kita berhak memilih bahagia...ambil konsep mudah...diri kita, maka hanya kita lah yang mencorakkannya...bukan orang lain! Capailah bahagia dengan cara kita sendiri.

3. Andai dalam pekerjaan, bila ketua atau rakan sekerja meminta bantuan kita atau meminta kita membuat sesuatu kerja..maka lakukan lah dengan mudah tanpa perlu berdolak-dalik, merungut dan sebagainya lagi. Contohnya dalam hubungan ketua dan subordinat, mengapa perlu kita berdolak-dalik dah merungut sedangkan itu memang arahan kerja yang kita terima dan dalam kemampuan kita melakukannya. Seseorang ketua yang memberikan arahan sudah pasti telah melihat secara keseluruhan tentang kesesuaian arahan yang diberikan. Dalam hal ini, kita amalkan lah konsep "Akur kepada arahan"...Walau bagaimanapun masih ada "clause" tertentu lagi untuk protect diri kita ..sekiranya berlaku arahan ketua itu 'unfair' makanya nanti itu soal dia dengan Allah...kita ada ruang tertentu yang dapat menyeimbangkan situasi ini'...Doa lah kepada-Nya untuk memudahkan segala urusan, juga menghindari dari segala 'ketidakadilan'...Allah lebih tahu...selalunya doa orang yang teraniaya ini akan dimakbul cepat...Allah beri 'cash'...Jadi jangan risau tentang soal 'ketidakadilan' kerana ianya dalam kekuasaan dan kebesaran Allah dalam apa jua yang berlaku...jadi just keep it simple.

4. Andai kita dalam ruang lingkup peribadi seperti hubungan dengan pasangan, hubungan dengan famili sendiri atau famili mertua (bagi yang telah berumahtangga), hubungan dgn sahabat handai, hubungan dengan jiran...pastikan kita sntiasa menjaga perilaku dan tutur kata...lebihkan toleransi dan kurangkan sikap yang negatif...praktikkan untuk kita lebih banyak mengalah kerana mengalah itu bukan bermakna kita kalah, tapi mengalah itu kerana kita ingin mengekalkan keharmonian dlm perhubungan...selebihnya kita serah pada Yang Maha Kuasa...Dia tahu siapa yang benar dan siapa yang salah...jadi mengapa perlu kita rumitkan...dgn konsep ini semuanya pasti mudah!

Kesimpulannya, dalam apa saja yang kita lakukan maka lakukanlah dengan terbaik, seikhlas hati kita tanpa memikirkan tentang apa ganjaran yang kita akan dapat...sebaliknya buat lah atas niat ibadah...banyakkan berdoa pada-Nya, zikir dan ikhlaskan diri...pasti kebahagiaan jua yang menjelma...keberkatan jua yg datang...ketenangan juga yang bertandang...
Konsepnya cukup mudah..just go with the flow...lakukan dgn ikhlas dan jangan sesekali kita sakitkan hati orang sebab lumrah dunia..what goes around comes around...yang penting keimanan kepada Allah tetap teguh...sabar dan tabah dlm apa jua ujian yg datang...insyaAllah diberikan kepada kita ganjaran yang terbaik di sisi-Nya!

Sekadar nukilan santai...
Salam Hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke