Skip to main content

Bersukan & Beriadah Tuntutan Kehidupan


Beriadah dan bersukan sebenarnya satu keperluan wajib kepada semua orang daripada kanak-kanak, remaja, dewasa, sehinggalah kepada golongan 'lebih senior'...

Bila bercakap tentang riadah, apakah agaknya yang kita faham...riadah membawa pengertian sesuatu aktiviti yang kita lakukan yang dapat memberikan ketenangan kepada kita...sesuatu yang kita lakukan yang dapat memberikan rasa santai minda...sesuatu aktiviti yang menyenangkan hati...hepi2 dan enjoy...sesuatu yang kita lakukan yang mengeluarkan peluh...riadah boleh dilakukan secara sendiri atau secara berkumpulan dengan pasangan, famili, dan rakan2.

Mengikut Kamus Dewan, riadah bermaksud gerak badan, senaman, segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan badan dan fikiran (seperti bersenam, bermain, dsbnya).

Sebenarnya banyak manfaat daripada bersukan dan beriadah yang boleh diperoleh. Namun kadang2 kita 'terpedaya' dan 'terbuai' dgn ''ulitan masa' yang begitu pantas ''berlari'...umpama bullet trains di Jepun..hehe...sedar-sedar pada setiap petang di ofis..."ee..ehhh dah pukul 7 mlm...lorrrr cptnya masa berlalu"...dah tu kalau dah pukul 7 mlm masih di ofis, bila pulak nak p riadahnya...haha

Kalau diikutkan, sebenarnya situasi 'masa berlalu pantas' tu hanya kawalan dlm diri kita sahaja...kalau kita betul-betul set kan masa untuk bersenam dan beriadah..masa untuk itu tetap blh kita peruntukkan...saya berckp dari pengalaman saya sendiri...tahun lepas saya menyusun masa untuk sempat gym (sekarang ni stop sat p gym atas sebab2 tertentu yang tidak dpt dielakkan)...kenapa agaknya masa tu saya sempat...sebab saya dah set kan di mind siap2 bahawa pada hari2 tertentu saya akan ke gym...bila kita set kan mind kita maka mind kita akan automatically alert pada pukul yg kita set kan..contohnya, kalau kita kata pukul 6 ptg kita perlu stop kerja dan bergerak ke gym, maka ia pasti akan berlaku begitu..ini juga sebenarnya konsep NLP...cuma mmg akan ada kdg2 urgent matter yg di luar kawalan, berlaku tanpa perancangan...tapi itu sesekali saja mungkin.. selebihnya spt yg kita plan.

Dlm hal ini, sebenarnya antara nak dgn tak nak sahaja...kalau kita betul2 nak dan kita setkan dalam fikiran...dua kali seminggu kita nak beriadah, maka insyaAllah boleh...kalau tak percaya boleh cuba...cuba untuk set kan betul2 di mind yang kita wajib beriadah dua kali seminggu..set hari dan set masa..pasti mind kita akan alert dan kita secara tak sengaja akan dipandu unk melaksanakan apa yg telah kita set kan di mind kita...itu namanya "The Power of Mindset"

Sekadar meminjam apa kata pakcik google untuk "The Power of Mindset"...

"Power of the mindset. Everything starts in the mind. Realizing this power of the mind is a very important pre-requisite to being able to actually create the success and prosperity you desire. Often though, many people do not actually recognise the power of the mind. It's prominent role in everything you do."

Dengan melakukan riadah, banyak manfaat yang boleh kita peroleh...antaranya adalah:

1. Senaman itu baik untuk kesihatan dan menyihatkan tubuh badan. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk setengah jam pada setiap kalinya. Paling tidakpun lakukan di rumah..mungkin buat aerobik sorang2 kat umah sambil layan rentak lagu, siapa yang suka yoga boleh lakukan yoga, dan macam2 lagi...paling tidak pun just stretching aje unk mungkin 20 minit...

2. Riadah sambil menghirup udara bersih adalah satu terapi yg sgt baik unk menenangkan dan mencergaskan minda...hilang dari stress dan recharge diri unk energy baru yg lebih positif...sambil beriadah kita berzikir mengkagumi dan mensyukuri nikmat Allah..menikmati keindahan alam..tumbuhan menghijau..dsbnya lagi. Melalui zikir juga ketenangan hati dan minda dpt diperoleh...tiada yang lebih berkuasa untuk memberikan ketenangan melainkan Allah...dengan selalu mengingati, mensyukuri, dan doa yang tidak pernah putus kita akan dapat ketenangan yang hakiki...insyaAllah.

3. Riadah secara alami..antaranya dgn memijakkan kaki tanpa alas ke tanah adalah salah satu kaedah rawatan secara alami untuk kesihatan dalaman...kajian ada menyatakan bahawa berjalan atas tanah akan meransangkan saluran darah dan menguatkan otot betis juga menenangkan sistem saraf. Saya sangat bersetuju dgn kajian ini kerana kalau kita tengok orang2 tua zaman dulu2 mereka mana ada berselipar atau berkasut macam kita sekarang...dulu2 mmg berjalan tanpa menggunakan alas kaki, melakukan pekerjaan seperti bercucuk tanam di sawah...semuanya tanpa alas kaki...saya sempat dgn zaman nenek moyang saya dulu2..masa tu saya masih kecil...emak saya bercerita ttg orang tua dulu2 mmg lasak, kuat dan bertenaga...kesihatan juga sentiasa dlm keadaan baik...mungkin ini rahsia mereka...juga pada masa itu pemakanan juga memainkan peranan...mereka byk mengamalkan ulam2 dan herba, dan makanan dulu2 tidak lah begitu "tercemar" dgn bahan kimia dan bahan perasa yang terlebih...memberi kesan kepada pelbagai penyakit pada zaman ini...

4. Riadah dapat mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang. Kebiasaannya kita beriadah dalam pasukan untuk beberapa games spt futsal, badminton, boling, ping pong dsbnya lagi...begitu juga kalau hari cuti kita akan beriadah dengan famili atau dengan pasangan. Justeru riadah ini dapat mengeratkan silaturrahim juga kasih sayang melalui masa yang diluangkan bersama dan keseronokan beraktiviti...momen semasa beraktiviti akan menjadi kenangan yang akhirnya menjamin perhubungan yang terus harmoni.

5. Riadah juga dapat mengelakkan masa terbuang dengan sia-sia. Masa yang terluang boleh diisi dengan mengunjungi dan beriadah di taman-taman atau pusat rekreasi yang disediakan. Sambil beriadah banyak aktiviti yang dapat dilakukan, mungkin buat BBQ, bersukaneka, berkaraoke, berbasikal dsbnya lagi.

Kesimpulannya, riadah ini sangat baik unk diamalkan secara konsisten...banyak manfaat yang boleh diperoleh daripadanya untuk kita mengekalkan keceriaan dan kebahagian dalam kehidupan...ada orang berkata wajah yang ceria mencerminkan jiwa yang tenang, minda yang positif, dan hati yang bersih. Justeru, dalam kesibukan masa, peruntukkanlah walau sedikit masa bagi tujuan ini. Sayangilah diri kita dan diri orang sekeliling kita dengan mengamalkan gaya hidup sihat agar kesihatan sentiasa baik dan minda sentiasa bertenaga, segar dan positif...


Salam Hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke