Sekadar bicara santai sahaja..just killing my time. Soal keikhlasan ini adalah soal yang merujuk pada hati...ikhlas ini datangnya dari dalam diri kita...jauh dari kalbu kita..kalbu ini terletaknya jauh ke dlm hati...Kalbu yang saya maksudkan di sini adalah hati batin atau hati seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tidak dapat disentuh dengan tangan tetapi ia dapat dirasai oleh pengakuan batin sendiri tentang wujudnya.
"Always be sincere, even if you don't mean it"
"Sincerity is the face of the soul"
Memerhati kepada kehidupan dalam dunia hari ini, kita kadang2 sudah semakin keliru di manakah aspek keikhlasan itu diletakkan...masih adakah konsep ikhlas dlm hati apabila melakukan sesuatu perkara..atau mungkin sudah hilang konsep ikhlas itu.
Sebelum kita berbicara panjang lebar mengenai konsep keikhlasan ini..jom kita tengok dulu apakah maksud ikhlas ini...orang kata tanpa mengetahui definisinya bagaimana mungkin kita nak memahami tentang keikhlasan..jadinya kita hadam dulu maksudnya.
Ikhlas dalam Kamus Dewan membawa maksud, jujur, lurus hati, rela hati, tidak menipu, tidak berpura-pura, tidak mengharapkan balasan dan penghargaan...dalam erti kata sebenar ikhlas ini merujuk kepada sesuatu perkara yang kita tuturkan atau lakukan dgn jujur dan rela hati..setiap perbuatan yang kita lakukan tanpa mengharapkan pujian, penghargaan, balasan dan ada niat lain yang tersembunyi..hidden agenda😄
Sincere - Free from pretence or deceit, proceeding from genuine feelings
Sincerity - the quality or state of being sincere, honesty of mind, freedom from hypocrisy
Justeru, bila kita telah mengetahui maksud ikhlas itu, makanya sudah pasti kita dapat membezakan sesuatu perkara itu sama ada ianya dilakukan dengan ikhlas atau tidak. Sebenarnya, dalam diri kita sendiri kita boleh tahu adakah apa yg kita buat itu ikhlas atau tidak kerana hati yang boleh mengesahkan tentang keikhlasan itu adalah milik kita..berada dalam diri kita..makanya kita lebih tahu setiap langkah kita itu tersembunyi suatu kepura-puraan ataupun tidak.
Namun, sebagai manusia kita kadang2 tidak dapat membezakan apa yang kita lakukan itu ikhlas atau tidak...kadang2 kita mendefinisikan apa yang kita buat itu sebagai ikhlas, hakikatnya ia belum ikhlas...sebagai contoh, selepas kita memberikan bantuan atau kita melakukan sesuatu, kita langsung tidak menerima ucapan terima kasih apatah lagi mendapat pujian dan penghargaan...tiba2 hati kita rasa sesuatu kelainan, mungkin rasa kecil hati, mungkin rasa kecewa dan mungkin rasa menyesal memberikan pertolongan atau melakukan perkara itu...nah...apakah maksudnya ini...cuba lihat kembali definisi ikhlas yang kita bincang di atas...makanya sudah pasti apa yang kita rasa ini memberikan petunjuk bahawa kita tidak ikhlas dalam memberikan pertolongan...kita sebenarnya menolong unk mengharapkan pujian dan penghargaan, sebab itu bila ucapan terima kasih tidak diberikan, sanjungan tidak diberikan...penghargaan tidak diberikan...dan harapan kita itu tidak kesampaian, maka kita berkecil hati, kecewa, dan mungkin merajuk...
Ikhlas ini adalah apabila kita menolong, atau melakukan apa saja kita menganggap bantuan dan pertolongan itu sebagai tanggungjawab sesama manusia, atau mungkin tanggungjawab dalam tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita..sama ada kita diberikan ucapan terima kasih ataupun tidak, menghargai ataupun tidak...langsung tidak menggugat apa2 pun dalam hati dan perasaan kita..langsung tidak memberikan kesan apa2 kpd kita kerana pada kita asalkan tanggungjawab atau tugas kita telah kita lunaskan dgn baik..makanya kita sudah hepi, sudah bahagia...selebihnya kita serahkan kepada Allah...inilah dia soal ikhlas dan soal takwa yang disebatikan bersama...apa yang kita setkan dalam diri kita adalah kepuasan menolong dan atas dasar tangggungjawab sesama hamba Allah.
Dalam dunia hari ini...dunia yang kebanyakan orang berlumba2 mengejar nama, pangkat, harta dan mengejar segalanya yang hebat2 yang boleh dibanggakan...sehingga bila kita melihat soal keikhlasan itu kita sudah menjadi keliru...betulkah ia dibuat kerana ikhlas atau kerana inginkan nama...Sebagai contoh...dalam organisasi kini semua perkara di update dan diberitakan dalam wasap group...perisian wasap dalam dunia hari ini telah menjadi salah satu saluran komunikasi untuk melaporkan berita dan perkembangan dengan pantas, dan dalam masa yang sama membuat update tindakan dgn pantas...semua orang dilihat begitu excited dan begitu teruja untuk membuat update tentang pelbagai bentuk kejayaan..teruja melaporkan...berlumba2 melaporkan...saya tidak pasti adakah ini situasi yang sihat dalam evolusi organisasi...kerana akan ada terkadang kita saling menyalahkan..tanpa sengaja kita menyalahkan orang, tanpa sengaja kita mendedahkan kekurangan orang lain, tanpa sengaja ada hati yang terguris sedangkan mereka tiada peluang untuk menjelaskan situasi sebenar...mungkin juga berlaku orang yang mendapat pujian demi pujian, akan berasa selesa berada di situasi itu dan tanpa sengaja hadir rasa bangga diri, riak dan sebagainya...ini hanya situasi yang dilihat secara umum saja dan sudah pasti tidak semua orang begitu...dalam konteks ini kita juga tidak mahu dilihat sebagai ketinggalan dalam bergerak ke depan seiring dengan kemajuan teknologi maklumat yang kini mempunyai pelbagai bentuk saluran media sosial seperti Facebook, instagram, wasap dan sebagainya lagi.
Terkadang muncul juga pertanyaan di fikiran dengan perkembangan teknologi adakah budaya dan amalan menghormati sesama manusia sudah "ditelan dengan ledakan perkembangan sosial media" ini..contohnya adakah mungkin budaya saling hormat-menghormati dalam organisasi dilihat semakin terhakis..adakah mungkin kerana kemodenan dunia dan perkembangan teknologi maklumat yang semakin 'mengganas' menjadikan kita begitu menjadi 'hamba' kepada kemodehan media sosial yang tanpa sekatan, batasan, dan sempadan....sehingga kita terluba adab sopan yang selama ini diajar oleh nenek moyang kita....kerana itu soal ikhlas ini mungkin boleh menjadi 'brake pedal' kepada keterujaan dalam penggunaan media sosial yang sebegini sifatnya supaya ada juga kawalan dan hadnya.

Cuma saya percaya atas apa jua perkara yang berlaku..mesti ada pros and kons nya...mesti ada positif dan negatifnya...kebaikan dan keburukannya...kerana itulah kita perlu kembali kepada konsep ikhlas tadi supaya amalan dan apa saja yang kita lakukan itu mendapat redha dari Allah...bila kita peroleh redha-Nya makanya sudah pasti apa yang kita buat itu adalah atas dasar keikhlasan.
Mengapa agaknya kita perlu mengamalkan konsep ikhlas dalam apa jua perbuatan dan perlakuan kita...kerana memang banyak manfaatnya dalam kehidupan. Antaranya adalah:
1. Bila hati kita ikhlas, jiwa kita akan tenang dan bila jiwa kita tenang kehidupan kita juga akan datang. Apa lagi yang kita dambakan selain dari sebuah kehidupan yang tenang. Ketenangan dalam hidup bukan sesuatu yang mudah dicapai..ia adalah kurniaan Allah yang sangat besar kepada hambanya. Tidak semua hamba Allah mendapat ketenangan dalam kehidupan...jadi bila hati rasa tidak tenang, maka kembalilah kepada konsep keihklasan ini..cari la puncanya..andai kita ikhlas ingin berubah dan ikhlas mencari punca untuk penambahbaikan, sudah pasti Allah membuka jalannya...
2. Konsep ikhlas ini dapat membentuk kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan peribadi dan pekerjaan. Bila hati kita bersih, akan terpancar kelembutan dan aura positif di wajah kita. Saat kkita berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain, riak wajah yang lembut ini menggamit untuk perhubungan yang lebih erat terjalin, pemuafakatan semakin tinggi dan ikatan persaudaraan misalnya akan lebih utuh..begitu juga ikatan ukhwah sesama rakan sekerja, ataupun antara kakitangan dengan ketua, juga ketua dengan kakitangan akan lebih dipandu ke arah keharmonian, terhindar dari ketidakpuasan hati dan tekanan kerja...yang akhirnya melancarkan semua kerja di organisasi dan meningkatkan produktiviti kerja.
3. Ikhlas itu adalah salah satu perkara wajib untuk amal kita diterima Allah. Cuba bayangkan bagaimana mungkin untuk kita beramal, namun amal kita tidak sampai kepada Allah atas sebab kita tidak ikhlas dalam melakukan perbuatan amal itu. Bayangkan betapa ruginya kehidupan kita, dengan masa, tenaga dan wang ringgit yang kita telah korbankan bagi tujuan beramal, namun hakikatnya Allah tidak memandangpun kepada amalan itu, kerana jauh di sudut hati kita ada ketidakikhlasan yang hadir..juga ditambah pula dengan perasaan ujub dan riak yang muncul tanpa kita sedar...semua kita yang beriman kepada Allah mengetahui, andai ada walau sedikit sikap ujub, riak dan takabur, makanya tiada satupun amalan kita akan mendapat pengiktirafan dari Allah. Penghidupan yang tenang dan diberkati, dan ditingkatkan oleh Allah darjatnya..juga ditambahkan rezeki secara berganda...didatangkan rezeki dari arah yang tidak disangka adalah apabila Allah merahmati dan memberkati setiap apa yang kita lakukan. Makanya kejarlah segala keberkatan dan rahmat Allah dengan kita 'mengikhlaskan' diri dalam apa jua perbuatan dan tutur kata kita.
4. Hati yang ikhlas boleh menghindari persengketaan dan pergaduhan. Bila hati kita ikhlas, makanya kita redha atas apa jua yang berlaku. Bila kita redha, sebenarnya tiada lagi unsur ego, sombong, sikap tidak ingin mengalah dan hanya ingin menang, sikap ingin menunjukkan kita lebih kuat dan kitalah yang berkuasa...justeru keikhlasan ini akhirnya mendamaikan persengketaan...kerana redha yang ada dalam hati kita akan melapangkan dada kita, mudah untuk kita memaafkan dan tiada dendam kesumat yang tersimpan dalam diri. Dendam dan tidak memaafkan orang atas sesuatu yang berlaku, atau mungki kisah silam yang pernah dilalui, atau trauma dalam kehidupan yang pernah dihadapi...akan menjadikan hidup kita tidak tenang...ketidaktenangan ini menggamit seribu satu masalah yang menjadikan kita tidak bahagia. Justeru, pilihlah untuk mengamalkan konsep ikhlas dalam kehidupan kita.
Kesimpulannya konsep ikhlas itu penting dalam kehidupan dan merupakan tuntutan agama...keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah juga diukur daripada keikhlasan kita dalam melakukan apa jua perkara..solat, sedekah, menghulurkan bantuan dan sebagainya lagi..ikhlas di sebaliknya adalah tuntutan yang paling tinggi untuk segala bentuk amalan kita diterima-Nya. Justeru, untuk meneruskan kehidupan yang masih berbaki ini, marilah kita menghayati erti ikhlas ini dan berusaha seboleh mungkin untuk mengamalkan sepenuhnya dalam keehidupan kita agar nanti kita sentiasa berada dalam lembayung kerahmatan Allah..mendapat keberkatan dan sentiasa diberikan kemudahan atas apa jua yang kita lakukan...ketenangan dan kebahagiaan yang berpanjangan sehingga tiba masa kita dijemput kelak...
Akhir sekali, saya tinggalkan bicara ini dengan kata-kata ini...andai kehidupan kita tidak tenang, tidak bahagia dan sentiasa rasa ada yang tidak kena...maka tanyalah diri kita apakah selama ini cukup keikhlasan kita dalam apa jua perbuatan dan tutur kata kita...muhasabah diri adalah lebih baik daripada kita terus menuding jari menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku kepada kita...sentiasa ingat, apa saja yang kita lalui sama ada derita atau bahagia, itu semua dengan keizinan Allah...mengapa Allah mengizinkan derita kepada kita..juga mengizinkan bahagia kepada kita...pasti ada hikmah di sebaliknya...
Speak with honesty...
Think with sincerity...
Act with integrity...
Sekadar nukilan santai dan pandangan daripada pemerhatian secara umum saja...ketepatannya hanya akan dapat diuji bila kita melakukan kajian secara terfokus tentangnya...
Salam Hormat
RZH

Comments
Post a Comment