Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti.
Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan.
Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak kepada kami semua. Mak saya suka ketam ni digulai. Resepi gulai ketam mak saya memang sedap...tiada tandingan setakat ini..mmg lain dari gulai org lain...sedap tahap dewa..serius uols! Memang pakar bab2 masak ni...tu agaknya turun ke anak2 tu...kuah kalau tak tumpah ke nasi kemana lagi kan..hehe...
Orait, jom kita tengok bahan2 dan cara memasaknya. Memang cara masaknya sangat mudah! Ore kelate kata 'semeset' jah...maksudnya very easy...very simple...haha
Bahan2:
1. Ketam
2. Bawang putih dua ulas
3. Cili api dua tangkai
4. Garam dan gula secukup rasa
Cara2:
1. Cuci bersih ketam. Tahu tak bagaimana nak cuci ketam...jaga2 dan berhati2 masa cuci ketam kot nanti jari terkena bhgn2 ketam yang tajam. Sepit dan kaki ketam ditanggal dari badannya ya. Selak2 kan ada satu bhgn di bahagian bawah badan ketam yg lembut dan boleh diselak semasa dicuci tu.
2.Bawang putih dimayang
3. Cili api di potong2 kasar
4. Rebus guna periuk mengikut saiz yg sesuai. Masukkan air sehingga menenggelamkan ketam. Lebih sikit tak mengapa sebab masa proses merebus nanti air tu akan susut sikit. Masuk sekali bawang dan cili api tadi.
5. Rebus dalam lebih kurang 10-15 minit kemudian masukkan garam dan gula. Gula kena masuk lebih sikit ya bila menu merebus ni sbb nanti air ketam tu dgn rasa yg manis2 sikit akan lebih menyedapkan. Saya tak taruk bahan perasa ya...tapi kalau yg suka boleh tarukkan...
Taraaa siap...dan boleh dihidangkan. Kuah ketam ni sedap tau..boleh cuba nanti. Di samping rasanya yang sedap, air ketam ni juga ketamnya sekali sangat baik untuk meningkatkan tahap imunisasi diri...makanya buat masa sekarang Mr. Husband nak saya makan selang dua hari sekali untuk slowly pulihkan tahap imunisasi diri saya yang agak rendah sikit skrg ni...hehe
Selamat mencuba buat semua!
Menu yang jarang2 orang buat...masakan tradisional...
Wajib cuba...
Salam hormat
RZH
Alhamdulillah.. haa jumpa pun resepi Ketam Rebus febret saya nih..
ReplyDeleteMasa kecil makan mak masak.. sedap ooo... Bawa gi makan kat dalam kalbod, masa tu air dalam parit kering. Makan nga anak sedara merangkap kawan bermain kerana kami sama umur..