Skip to main content

Mencari Ketenangan dan Kebahagiaan Melalui Apa yang Kita Suka Lakukan...

Setiap orang saya pasti mempunyai hobi dan minat tersendiri. Masing-masing mempunyai 'rasa' dan kecenderungan' terhadap sesuatu perkara yang boleh memberikan suatu rasa suka dan gembira setiap kali membuatnya. Hobi dan minat ini menjadi tempat 'melepaskan rasa tension' (kalau ada la)....kalau tak ada rasa tension, maka sekurang-kurangnya membuatkan hati rasa gembira dan terus positif dalam kehidupan. Tapi adakah orang yang tak pernah tension...ermmmm macam tak ada jer kan..setiap orang mesti akan ada masa tertentu diselubungi tekanan atas pelbagai sebab.

Terus positif dalam kehidupan adalah sangat penting kerana ianya memberikan kesan kepada banyak perkara kepada kehidupan kita, kesan kepada diri sendiri, kesan kepada hubungan kita dengan pasangan, dengan keluarga, dan kesan kepada pekerjaan kita, juga kesan kepada hubungan sesama manusia. Hati dan jiwa yang positif akan menjadikan semua perkara boleh diuruskan dengan mudah, 'smooth' sahaja tanpa ada 'sekatan' dan kekangan yang mengganggu emosi.

Emosi memang perlu dijaga sebab bila emosi terganggu semua perkara yang dilakukan menjadi tidak kena, tiada keikhlasan dan kejujuran, dan hasilnya sudah pasti tidak bagus. Emosi akan stabil, bila semuanya berlaku dengan aman damai, melibatkan rasa puas hati dan gembira dan tidak menimbulkan sebarang ketidakpuasan hati. Emosi yang tersekat, yang tidak dilepaskan, yang dipendam itu akan menyebabkan 'rasa sesak nafas' dan gelisah sepanjang masa, tidak puas hati, merungut-rungut dan kemurungan sepanjang masa. Apa yang boleh kita lakukan bila kita dalam tekanan dan kemurungan? sudah pasti ada jalan dan solusi untuk melepaskannya...elakkan diri kita drpd membuang masa begitu saja dgn hanya sekadar melayan kemurungan yang akhirnya merugikan diri sendiri. 

Memiliki rasa tenang dalam diri adalah perkara yang sangat penting...tiada ketenangan, makanya tiadalah kebahagiaan....bila hilangnya kebahagiaan, semua yang kita buat, semua yang kita lihat seakan menjadi kosong dan tidak bernilai. 

Antara pandangan pakar tentang bagaimana mencari ketenangan dan kebahagiaan dalam diri. Antara yang dapat saya kongsikan adalah:

1. Amalkan Gaya hidup yang sihat
2. Sentiasa Tegar dan Optimis
3. Melakukan sesuatu yang kita minat
3. Luang waktu dengan pasangan dan keluarga
4. Beri waktu untuk diri sendiri 'manjakan diri'
5. Sentiasa sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah
6. Luangkan waktu bersosial dengan kawan-kawan rapat
7. Belajar untuk memaafkan orang lain
8. Pelihara hubungan dengan manusia
9. Belajar melupakan kesedihan lalu
10. Fikir yang baik2 saja
11. Banyakkan berzikir dan berdoa
12. Jaga solat
13. Sentiasa muhasabah diri

Sesungguhnya ketenangan dan kebahagiaan itu milik Allah...makanya minta lah pada-Nya...pada setiap ketika atas apa apa yang berlaku selalulah kembali kepada kuasa Allah...sentiasa ingat bahawa ujian Allah yang kita terima itu diberikan mengikut kemampuan kita..sudah pasti ada jalan penyelesaian atas setiap kekusutan...terus berusaha mencari jalan keluar dari kemelut keresahan dan ketidaktenangan...
insyaAllah di penghujungnya nanti akan bertemu juga jalan keluar....

Salam hormat
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...