Skip to main content

Teringat Sembang Nenek...

Sekadar refresh diri dengan pesanan orang tua kita dulu2. Teringat sebahagian kata2 arwah nenek bila sembang2 di pangkin.

1. Solat jangan tinggal. Dan solatlah di awal waktu.

2. Banyakkan zikir dan jadikan zikir sebagai penguat diri. Amalkan ayat-ayat dan doa yang boleh menjadi pelindung kepada diri dengan pergantungan hanya kepada Allah.

3. Baca Quran. Jadikan Quran peneman setia.

4. Jadilah orang baik. Banyak tolong orang, permudahkan orang, jangan jahat pada orang, jangan menipu, jangan ambil hak orang, jangan sakiti hati orang, dan jangan buat perkara tidak baik.

5. Bila berjanji jangan mungkiri.

6. Berpakaian sopan dan jangan berlebih pelik2. Sentiasa jaga penampilan diri biar cantik selalu di pandangan orang dan sentiasa sejuk mata orang yang memandang. 

7. Beradab masa makan. Jangan gelojoh dan jangan bersepah. Jangan comot.

8. Bawa diri dengan baik. Sopan santun, berbudi bahasa dan elok tutur kata. Dalam dan luar sama. Tidak hipokrit. "Kalau baik di dalam maka baik lah di luar", kata nenek.

10. Buat kerja biar sampai habis jangan separuh jalan.

11. Jadilah orang yang pembersih  pengemas, rapi dan tersusun.

12. Jadilah orang yang berani kerana benar. Jangan takut menyatakan dan mempertahankan kebenaran.

13. Cari rezeki melalui cara yang halal. Jangan biarkan walau sebesar kumanpun benda yang tidak halal masuk dalam badan.

14. Jangan buat maksiat.

15. Jaga maruah dan harga diri.

16. Berusaha tanpa mengenal lelah dan kalah.

17. Hidup jangan menongkah arus. Selagi ianya betul, patuhi lah.

Inilah antara pesan orang tua kita. Sama-sama kita jaga dan pelihara pesanan ini dan teraplah dalam hidup kita. Jika tersilap, kembali lah semula kepada jalan yang benar. Jika salah, mohon kemaafan. Allah Maha Pengampun dan Maha Memaafkan...

Jangan biarkan diri kita terus dalam kegelapan dan kejahatan kerana kejahatan yang berterusan itu akan menghalang rahmat dan pandangan Allah kepada kita. Tanpa rahmat dan pandangan Allah hidup kita tidak mungkin beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat...ingat di situ..jangan alpa.

Sekadar tulisan pengulit tidur,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...