Skip to main content

Bila Keliru...yang mana betul yang mana salah!!

Semakin complicated!

Tiba-tiba rasa semakin complicated..semakin bercelaru pula mind nak membezakan yang betul dengan yang salah. Tiba-tiba jadi keliru.

Teringat satu pepatah " Bila yang salah itu diulang buat satu persatu dan berjaya, maka yang salah tu akhirnya nampak betul dan dilihat sebagai betul. Manakala yang betul tu pula yang nampak tak betul".

MasyaAllah...diri mula rasa keliru. Permainan apakah ini...

Namun, hati tetap berpegang dan yakin bahawa sesuatu itu jika tidak betul, akan tiba saatnya Allah tidak akan mengizinkan ianya berpanjangan. 

Justeru, di saat datang rasa keliru dalam apa jua perkara sekalipun, bawalah hati kepada Allah dan mohonlah petunjuk dan hidayah kepada Allah. Mohon Allah tunjukkan kebenaran dan menamatkan dengan segera segala perkara tidak betul yang sedang berlaku.

Sebagai manusia, kita lemah untuk mencari kebenaran atas segalanya, tambahan lagi bila sistem satu persatu seakan menampakkan sesuatu yang tidak betul itu adalah "seakan betul" tambahan pula lagi dalam masa yang sama Allah izinkan ianya berlaku, maka hati kita pasti menjadi keliru...bisikan di hati kecil pasti datang "mungkin apa yang berlaku itu agaknya betul dan pemikiran aku yang salah". 

Kita memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam amanah yang dipikul. Justeru, seboleh mampu akan memastikan diri untuk bersama dalam perkara yang baik dan diredhai Allah semata-mata. Bila diri sudah diterjah rasa keliru dan tidak dapat mempastikan yang mana yang betul dan yang mana yang tak betul...maka, bila sampai peringkat ini serah sebulatnya kepada Allah untuk memandu hati kita kepada jalan yang sebenar.

Soal keliru ini perlu diselesaikan kerana jika ianya betul maka kita akan bersama, begitulah sebaliknya. Tapi jika ianya tidak betul, walau 1000 kalipun yang tak betul ini berjaya, maka ianya tetap tidak akan menggugat soal prinsip dan pegangan. Dalam dunia ini, Allah tetap mengizinkan berlaku walau yang betul atau yang salah kerana kedua2nya adalah ujian Allah buat manusia. Hanya Allah mengetahui rahsia yang tersembunyi.

Justeru, bila berhadapan dengan situasi sebegini, apa yang mampu kita lakukan adalah teruskan berdoa dan menyerahkan dan meletakkan kebergantungan yang jitu hanya kepada Allah saja. Serah kepada Allah sepenuhnya. Allah Maha Mengetahui dan yakinlah setiap apa yang berlaku adalah dalam pengetahuan Allah. Pegang di situ.

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...