Skip to main content

Cerita Telur Dadar Sedap...



Bila buat telur dadar goreng ni teringat makan di rumah famili arwah ma di Kampung To' Dokang. Kenangan manis masa musim banjir lebih 30 tahun yang lampau. Telur dadar ni menjadi menu yang sangat sedap bila musim banjir. Lawan pula dengan ikan budu yang selalunya digoreng bersama telur ni. Semua ini nostalgia yang cukup mahal nilainya...

Masa musim banjir, dulu2 bonda saya selalu buat telur goreng dengan ikan budu...lo ni saya dah lama tak makan ike budu..teringat giler menu ni dulu2😥 ike budu ni ada di kelate jah rasa saya..mungkin ada juga di Tganu. Ike budu ni adalah ike yang dijeruk dalam tempayan budu untuk certain tempoh...bila agaknya boleh balik kampung dan cari ikan budu ni...



Buat telur dadar ni sangat simple. Tapi mesti kena juga caranya. Ada orang masak telur dadar rasanya sangat sedap dan special, ada orang masak menu ni rasanya biasa2 saja...masak menu ini agaknya bergantung pada air tangan masing2 juga kan. Saya pernah makan telur dadar yang dimasak oleh kawan saya di Kelantan...masyaAllah sedap sungguh, sampai sekarang saya teringat...saya bertanyakan resepi telur dadarnya dan di sini saya kongsikan.

Telur dadar ni memerlukan telur, bawang holland yang dimayang halus, cili api atau cili besar yang juga dimayang, sedikit sos ikan, garam, dan sedikit perasa. Sos ikan tu sebenarnya penyedap kepada telur dadar, tapi jaga2 untuk mereka yang ada penyakit gout, sos ikan ni sangat bisa. Kacau lama sikit semua bahan yang dicampur tu. Masa nak goreng, biar minyak betul2 panas dulu..bila nak tuang ke dalam kuali angkat bekas yang mengandungi telur tu agak tinggi sikit, ini bertujuan untuk tekstur telur tu jadi banyak sersaknya mcm serbuk gireng pisang tu dan nanti telur  tu jadi lebih garing dan sedap.

Sekadar perkongsian. Tkasih kepada sahabat saya yang share resepi telur dadar ini. Semoga barokah jua.

Selamat mencuba!


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...