Skip to main content

Terapi Diri Melalui Bacaan...

Salam buat semua...

Alhamdulillah buku genre pengurusan yang dipesan melalui online telah tiba semalam. Happy menerima lima buah buku dalam satu pakej promosi. Tengok tajuknya sudah mendamaikan rasa dan memberi terapi kepada jiwa. Hopefully lebih mendamaikan bila kandungannya dibaca nanti.

Seminggu yang lalu pakej promosi untuk lima buah buku ini keluar di FB saya. Promosinya agak menarik. Saya tertarik kerana tajuk buku2 ini. 

1. High EQ Management 
    Less attention on management
    More attention on your behavior

2. The Essence of Management
    Choose
    Employ
    Manage

3. Principles for Leaders
    Make More and more people
    be willing to follow you

4. How to Lead a Team
    Build a aggressive team
    Increase Business Performance
    Generate skills from management

5. What Makes a Great Leader
    Well Command
    Improve Execution
    Establish Regulations

Melihat kepada tajuk2 ini, ia menarik minat saya untuk membuat pesanan kerana ia selari dengan jiwa saya dan karier saya. Membelinya dengan niat untuk meningkatkan knowledge dan menambahbaik kelompangan yang ada, juga memberikan rasa damai kepada diri bila dapat membaca buku2 yang merupakan jiwa kita.

Saya tidak pasti berapa lama tempoh yang akan saya ambil untuk menghabiskan bacaan terhadap kelima2 buku ini. Buku2 ini tidak begitu tebal, standard ketebalan biasa antara 200 ke 350 muka surat. Mungkin saya setkan target nya untuk dua bulan ini buku2 ini habis dibaca. InsyaAllah. Apa2 pun, perkara yang penting adalah kita pasang niat dulu. Bila kita dah letak niat, atleast we have the target. Then, do the plan and action...

Sebenarnya, dalam pembacaan buku ni..dalam sehari atau dua hari pun kita sebenarnya boleh habiskan bacaan bagi buku2 yang betul2 menarik minat kita. Contohnya, jika kita membaca novel. Jika jalan cerita dan garapan yang bagus pada satu2 novel, kita akan mengadap novel itu sehingga kita tahu penghujung ceritanya bagaimana. Sanggup tak makan tak minum dan skip dulu kerja2 lain semata-mata nak habiskan bacaan.

Tapi untuk kelima2 buku ini, saya tak mahu terlalu ambitious atau terlalu eager untuk habiskan cepat..biar slow and steady orang kata. Just relax dengan pembacaan...faham dan ingat apa yang dibaca dan yang penting adalah mengaplikasikan perkara2 penting yang dinyatakan dlm buku2 ini dalam realiti kehidupan kita. Jika buku berkaitan dengan karier kita, maka berikan nilai tambah dalam diri kita melalui apa yang kita peroleh melalui pembacaan yang dibuat. Amal dan praktikkan ilmu yang diperoleh bagi tujuan kebaikan dan menambaik diri. Itu nama nya "value added"

Menuntut ilmu adalah satu kewajipan. Dan kemudiannya adalah menjadi tanggungjawab kita pula untuk mengamalkan dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan berkongsi dengan orang lain. Pepatah arab ada mengatakan bahawa, "Ilmu tanpa amal, umpama pohon tidak berbuah"

Berdikit-dikit dalam menuntut ilmu, yang penting adalah keikhlasan kita dalam mencari dan menggali ilmu. InsyaAllah, dengan niat yang ikhlas ini Allah akan tingkatkan lagi semangat rasa rajin, dan keupayaan kita dalam mencari ilmu.

Salam Hormat.

Sekadar Bicara di Hujung Minggu,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...