Skip to main content

Bila Diberi Tanggungjawab, Amanah Lah...

Amanah dan tanggungjawab itu berat. Bukan semudah dilafazkan. Ia tidak boleh diambil mudah. Esok di sana kita kena menjawab di hadapan Allah atas apa jua tanggungjawab yang kita galas. Jika diberi tanggungjawab, jalankan dengan penuh berhemah dan berasas. Bukan ambil mudah, ambil enteng, "ikut kita nak kita suka". Lihatlah kepada asasnya.

Bila fikirkan ini, hati rasa sangat takut dan bimbang. Seboleh mungkin segala amanah itu akan dipikul mengikut lunas yang betul. Sedikitpun tidak terfikir untuk "mempunyai percaturan sendiri". Diri dilatih agar menerima segala percaturan Allah. Apa jua percaturan yang Allah susun, maka itulah yang diterima. Redha, berlapang dada, dan bersyukur itu lah yang ada dlm diri. Justeru, letakkan hukum Allah di depan dalam apa jua yang kita lakukan. InsyaAllah, dengan sentiasa kembali kepada Allah, pemikiran dan hati kita dipandu kepada kebaikan.

Sebagai hamba Allah, akur lah dengan apa jua yang Allah susun. Siapa kita yang nak menjadi "Jaguh" untuk segalanya...kembalilah semula kepada ajaran agama...kot terbabas lebih jauh nanti sukar untuk kembali ke landasannya semula. Risau, bila hati semakin galak dengan "kejayaan dan sinar sementara" makin terlupa pula bahawa bila2 masa Allah boleh menarik kembali kerana Allah Maha Melihat dan Maha Memerhati. Ingat di situ.

Kadang2 tak sampai dek pemikiran kita betapa tahap gila kepada kuasa dan pangkat ni sampai menjadikan manusia lupa kepada Allah. Erti kata lupa ini merujuk kepada lupa bahawa Allah ada dan Allah memerhati. Lupa bahawa apa jua perbuatan kita sama ada baik atau jahat tetap akan mendapat balasan daripada Allah. Bila terlupa ini lah, menjadikan manusia sanggup melakukan kejahatan asalkan mendapat apa yang dihajati.

Sekadar ingatan bersama dan ingatan buat diri saya sendiri. Semoga Allah mematikan hati kita untuk melakukan perkara yang tidak baik. 

Salam Hormat,
RZH





Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...