Skip to main content

Kuih Ambon Kelate

Hmmmm...teringat kampung halaman. Terbayang segalanya. Ingat bonda dan ayahanda sudah pasti tak pernah padam di hati. Teringat makanan2 dan masakan sedap ore kelate, ini pun satu hal. Teringat semua jenis menu yang sedap2 di kelate ni..aduhaii.

Teringat satu menu orang lama di kelate, namanya kuih Ambon. Ummi selalu buat kuih ni dulu. Mak sedara di Kampung To' Dokang belah ummi juga selalu buat kuih ini. Bila teringat kuih ni makanya teringat Ummi dan Che Dah. Sangat sedap kuih ni..ala2 kek gitu...tapi dia ada keistimewaan dan kesedapannya yang tersendiri. Saya memang suka.

Teringat nak makan tapi nak cari kat sini tak ada orang buat...kalau di kedai makan Moksu Nab ada, tapi PKPD ni tak ada kedai buka. Tak boleh nak dine in pun satu hal juga. Jadinya lewat petang tadi buat la sat.

Buat kuih ni mudah sgt...saya guna mixer dan kukus. Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya.

Bahan2 hanya telur 4 biji, satu cawan gula putih, 3 sudu besar susu pekat manis dan satu cawan tepung gandum. Kerana inginkan rasa originalnya, maka saya tak letak vanila dan ovalette. Saja nak makan yang betul2 original rasanya.

Manakala cara2 membuatnya pula adalah, just beat kan gula dan telur hingga kembang dan putih. Dalam 10 minit ke 15 minit. Kemudian masukkan tepung dan beat hingga sebati semuanya. Asingkan adunan kpd tiga bahagian. Satu bahagian kekal warna asalnya, dua bahagian lagi terpulang kpd warna kesukaan masing2. Saya letak warna pink dan hijau. Adunan kemudiannya boleh disendukkan ke loyang secara berselang seli berlapis2. Dan boleh corakkan dengan lidi di permukaannya. Kemudian boleh dikukus selama 25 hingga 30 minit.

Alahai bila siap kuih ni, teringat la pula mak mertua suka kuih ni. Hmmmm, bila la agaknya PKPD ni akan berakhir dan rutin kehidupan sedia ada boleh diteruskan...berkumpul bersama keluarga dapat dilakukan...Allahuakbar...hanya Allah jua maha mengetahui.



Selamat mencuba semua.

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...