Skip to main content

Berita Tentang Kematian Datang satu Persatu...

Allahhhu...

Sorang demi sorang pergi menyahut panggilan Allah. Sejak dua minggu yang lalu, berita kematian saja yang datang. Di FB pesara UKM sudah begitu kerap sekali bulan ini mengkhabarkan berita kematian. sudah lima enam orang rasanya secara berturut-turut.

Hari ni juga ada berita kematian kalangan staf. Terasa semakin dekat dengan saat itu. Merenung ke dalam diri, terlalu banyak yang perlu diperkemaskan dan dibetulkan. Risau tidak sempat. 

Hari ini juga adik kepada kenalan rapat saya pergi mengadap Allah setelah bertarung dengan penyakit cancer yang dihidapi...gambar di pusara dikongsikan oleh kenalan saya. Allah..hati saya terusik.

Malam ni banyak merenung ke dalam diri sambil menyelesaikan tugas2 pejabat.. Bila memikirkan saat malaikat maut datang mencabut nyawa...terbayang di fikiran berpisahlah roh dengan badan. Berakhirlah kehidupan di dunia. Bagaimana agaknya saat itu, tiada siapa pun yang tahu bagaimanakah keadaan yang dilalui, kerana yang pergi sudah tidak akan kembali lagi untuk menceritakan apa yang berlaku...proses yang dilalui itu kekal sebagai rahsia Allah. Tiada siapa yang tahu, melainkan melaluinya sendiri bila waktunya tiba. Allah...bergetar juga rasa di hati bila memikirkan realiti kematian ini...yang pasti, setiap seorang akan tetap melalui saat kematian...

Justeru, dalam apa jua yang kita lakukan sama ada perbuatan kita, tutur kata kita biarlah sentiasa ingat pada Allah. Sudah pasti sebagai manusia, ada masa kita terbabas dan teralpa...namun bila tersedar, cepat-cepatlah perbetulkan diri. sama2 kita mengingatkan diri agar jangan terlalu taksub dalam mengejar dunia sehingga kita terlupa kehidupan yang abadi adalah kehidupan di sana...kehidupan di dunia ini hanya sementara...Bila Allah menjemput pergi, semua urusan dan harta dunia ditinggalkan, yang kita bawa hanyalah amalan untuk Allah timbangkan di Mahsyar kelak...


RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...