Skip to main content

Kuih Seri Muka Sedap...


Hujung minggu kembali lagi. Sabtu Ahad kali ni lega cket dpt rest sepenuhnya sebab tak ada meeting mcm dua tiga kali weekend yang berlalu. Sudah selesai majlis anugerah MyRA dan beberapa perkara yang urgent, makanya boleh la "bernafas" sekejap. Tahap stress pun dah turun ni...dah terhenti rasa debaran yang sebelum ni dok ada...selesai majlis MyRA pada 7 Julai lalu makanya meleraikan segala rasa. Alhamdulillah majlis berlangsung dgn cemerlang.

Hari ni teringat nak makan kuih seri muka. Lama sangat tak membuatnya. Ada aje orang jual kuih ni, tapi saya perlukan yang citarasa saya...pulut yang lemak dan lembut cukup santannya, dan permukaan hijau yang juga lembut dan cukup santannya. Makanya, buat la sendiri.

Kebetulan hari ni dan esok tiada apa2 meeting...jadi boleh plan untuk buat kuih-muih kegemaran.

Buat kuih seri muka ni tak rumit sebab semua bahannya boleh dikatakan memang ada di rumah. Hanya menggunakan gandum, telur, gula dan pulut juga daun pandan.

Jom kita lihat bahan2 dan cara membuatnya.

Bahan:
2 cawan gandum
2 cawan pulut
3 biji telur
3/4 cawan gula
Dua helai daun pandan diblend dan ambil airnya. Air sedikit saja, setakat untuk blender tu boleh berputar saja.
Santan satu kotak kecil. Saya guna santan kotak ya.
Garam setengah sudu teh.
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara:
1. Cuci bersih pulut dan rendam setengah jam.

2. Masukkan santan kotak kecil dalam pulut. Campurkan setengah sudu teh garam dan air cket bagi sama paras pulut sahaja. Campurkan minyak masak dlm dua sudu dan kacau serata. Kukus pulut dlm 25 minit.

3. Bila pulut dah masak, tekan2 biar padat pulut tu dalam loyang. Saya alaskan loyang dengan plastik tahan panas untuk mudahkan tarik keluar kuih bila masak nanti. Pulut ni biar ia betul2 padat baru cantik seri muka kita, di mana pulutnya nampak "leit". Cucuk kan dengan garfu atas permukaan pulut bagi tujuan melekat kuat tepung hijau yang akan dituangkan ke atasnya nanti. Ketepikan sekejap.

5. Blend telur, gandum, satu sudu tepung pulut, air daun pandan, santan, gula dan air daun pandan serta secubit garam. Biar sebati elok dan tuangkan atas pulut tadi.

6. Kukus dalam 40-50 minit.
Bila masak boleh disejukkan sekejap sebelum dipotong dan dihidangkan untuk dinikmati.





Salam hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...