Skip to main content

Salam Aidiladha Dengan Penuh Rasa Keinsafan...

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha buat saudara-mara dan sahabat2 semua yang jauh di mata. Juga salam Aidiladha buat pengunjung setia Blog Anggerikdesa. Kita semua hanya mampu bertemu di ruang maya....Semoga Raya Korban kita ini memberikan kita seribu kebahagiaan dan rasa keinsafan dalam diri. Semoga jua segala amalan kita diterima Allah dan mendapat rahmat dan keberkatan berpanjangan daripada Allah jua. Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan.

Pada hari perayaan besar...Raya Korban diraikan di rumah masing2. Tahun kedua dalam pandemik semua kita masih tidak dapat balik beraya di kampung bersama ayah bonda, adik-beradik dan saudara mara. MasyaAllah, sedih dan sebak rasa di hati itu pasti ada. Namun situasi pandemik yang melanda negara masih belum mengizinkan lagi untuk kita semua kembali kepada keadaan sedia ada. InsyaAllah bila pandemik ini berakhir kita akan kembali kepada rutin sedia ada.

Semoga kita semua akan terus bersabar dan terus diberikan Allah kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian Allah yang sangat besar ini. Banyakkan berdoa dan patuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah. Sudah pasti apa yang disusun dan ditadbir itu yang terbaik buat kita semua. Selebihnya itu serahkan seluruh pergantungan kepada Allah kerana Dia lah yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu. Bersama-sama kita menerima segala ini sebagai takdir yang sangat memberikan rasa keinsafan kepada diri kita semua. Berdamailah dengan takdir ini dan insyaAllah doa kita semua nanti Allah kabulkan untuk pandemik ini berakhir...Allahu...insyaAllah..Amiin YRA.

Semoga Allah mengabulkan segala doa semua kita yang dipanjatkan secara istiqomah. Usah merasa putus asa atas ujian ini. Sebaliknya jadikan ujian ini sebagai pengukuh iman dan takwa kita kepada Allah. Semoga ujian yang kita hadapi ini akan terus mengukuhkan dan meningkatkan iman dan ketakwaan kita kepada Allah. Jadikan ujian ini sebagai pembakar semangat kita untuk terus melakukan kebaikan dan membetulkan diri. Renung ke dalam diri, sudah pasti banyak kekhilafan kita yang kita lakukan di mukabumi Allah ini. Sama2 kita memohon keampunan Allah. Berusaha sebaik mungkin untuk mendapat redha Allah atas apa jua yang dilakukan. Menginsafi segala perbuatan tidak baik yang telah kita lakukan dan baiki hubungan kita dengan Allah. Bila lagi? Ingatlah bahawa ujian Allah ini datang kerana Allah ingin menjentik hati kita dan mengingatkan kita tentang tanggungjawab dan amanah yang kita pikul sebagai hamba Allah. Audit diri dengan jujur...perbetulkan dan perkemaskan semua yang tidak betul yang kita lakukan dan kembalikan lah seluruh jiwa kita kepada Allah. Allhuakbar..Subhanallah.

Salam Aidiladha buat semua. Semoga kita semua terus dalam perlindungan dan peliharaan Allah jua. Dipermudahkan segala urusan dan diberikan petunjuk dan hidayah untuk terus berada di landasan Allah. InsyaAllah..Amiin Ya Rabbal Alamin.

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...