Hujung minggu kembali lagi. Bila hujung minggu ni raih lah sebanyaknya rasa gembira dan bahagia. Recharge diri kita semua dengan getaran positif untuk caj yang banyak ini kita akan simpan bagi tujuan bekalan "kantung diri" untuk minggu berikutnya.
Tips hujung minggu:
. Lapangkan fikiran. Keluarkan semua tenaga negatif. Bersihkan semuanya dengan mencari semaksimum rasa ceria dan bahagia.
. Buat aktiviti personal di rumah seperti memasak, berkebun, mengemas, aktiviti bersama pasangan dan anak2 dan apa jua aktiviti yang kita suka.
. Senyum, senyum dan terus senyum. Jangan biarkan rasa sedih, kecewa, atau marah mengambil tempat kerana nanti tenaga positif kita akan hilang. Senyuman itu penawar segalanya. Makanya SENYUM.
. Banyakkan membaca kerana membaca boleh menajamkan minda dan mengaktifkan otak menjadikan kita tidak cepat lupa. Membaca juga boleh menjadikan otak kita muda!😀
. Lebihkan amalan dalam meningkatkan hubungan kita dengan Allah. Ya, hari2 biasa itu kita dah buat tapi bila hari minggu ni masa dua hari tu sepenuhnya milik peribadi kita di rumah. Maka kita boleh perbanyakkan lagi masa untuk kita membaca Al-Quran, mendengar ceramah agama di youtube dsbnya lagi.
. Beriadah dan berekreasi. Sekarang ni tengah PKP, makanya kita boleh melakukan senaman ringkas di rumahpun. Semua aktiviti yang mengeluarkan peluh maka boleh kita kira sebagai senaman.
. Muhasabah diri. Jangan skip aktiviti ini pada setiap minggu supaya kita tidak leka dan lalai bahawa dunia ini milik Allah. Apa jua rasa yang Allah hadirkan kepada kita pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kita perlu latih diri untuk redha, berlapang dada, dan berdamai dengan setiap rasa itu. Bila kita redha, insyaAllah Allah sedang membungkus hadiah yang lebih baik buat kita. Yakinlah!
Salam Ceria di hujung minggu,
anggerikdesa
RZH
16 Januari 2021
Comments
Post a Comment