Skip to main content

Adab Dalam Berkomunikasi...


ADAB DALAM BERKOMUNIKASI

anggerikdesa

Adab atau etika dalam berkomunikasi ni sebenarnya sangat mudah untuk kita lakukan...tinggal lagi kita nak buat atau tidak saja...mak-mak kitapun memang sudah terapkan adab ini dalam diri kita masa kita kecil lagi...
------------------------------------------------
.Ukirkan Senyuman

.Pandang Mata bila bercakap

.Panggil nama atau gelaran yang sesuai

.Intonasi dan nada suara yang bersesuaian.

.Santun bicara dan lancar. Tenang dan steady.

.Saling memahami.
Menganggukkan kepala tanda setuju/sokongan

.Tunjukkan minat untuk berbicara. Tiada sikap "acuh tak acuh", membelek telefon bimbit, mengalihkan perhatian pada perkara lain dsbnya lagi.

.Hormati orang yang sedang bercakap dengan kita.

.Merendah Diri. Elakkan cakap besar, meninggi diri, bangga diri dengan menceritakan kehebatan diri. Biar orang tahu sendiri.

.Elakkan memonopoli perbualan umpama kita lah yang paling hebat. Banyakkan toleransi.

.Beri rasa senang dan bahagia kepada orang yang sedang bercakap dengan kita. Tidak mengguris hati/menyinggung perasaan. Hindari perdebatan/pertelingkahan bicara. Kekal rasa "saling puas hati".

.Akhiri dengan baik dan boleh menjadi bicara yang dikenang dan dihargai menjadikan hubungan berpanjangan

Begitu senangkan untuk kita menjaga adab dalam berkomunikasi dan membina/mengekal hubungan.
Jom sama-sama kita👍👍


Coretan Santai
anggerikdesa
RZH
15 Januari 2021

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...