Skip to main content

Faedah Membaca...Jom Banyakkan Membaca!

Terbaca satu artikel...katanya orang yang hebat akan membaca satu buku untuk seminggu. Lebih kurangnya 4 buku sebulan dan kalau setahun kita ada 365 hari. Jadinya, setahun dapat baca 52 buku. 

Allahu...banyaknya!

Jangan risau, kalau kita tak sampai le level itu pun tak mengapa, yang penting kita tetap membaca walaupun sedikit. Pupukkan minat membaca dalam diri kita. Setkan ikut kemampuan kita. Biar realistik dan munasabah apa yang kita set kan itu. Kalau kita mampu hanya satu buku sebulan, maka buat setakat yang kita mampu. Just setkan 12 buku setahun. Lama-lama nanti slowly kita makin tingkatkan dan insyaAllah satu hari dapat satu buku satu minggu.

Jom kita sama-sama mulakan.

Sudah pasti banyak faedah yang akan kita dapat daripada pembacaan ini. Antaranya adalah:

1. Bila banyak membaca maka banyak yang kita tahu. Banyak ilmu pengetahuan yang dapat kita terokai. Sudah pasti setiap satunya berguna dalam kehidupan harian kita.

2. Membaca boleh mengasah ketajaman pemikiran kita. Membaca akan menjadikan otak kita aktif. Otak yang selalu aktif ini sudah pasti akan menajamkan pemikiran kita dalam berfikir dan memberikan idea. Dalam masa yang sama juga meningkatkan kecekapan minda kita.

3. Kata pakar, dengan banyak membaca kita tidak mudah menjadi pelupa atau diserang penyakit alzheimer kerana otak kita sentiasa aktif.

4. Membaca akan meningkat perbendaharaan dan kosa kata kita. Juga meningkatkan penguasaan bahasa kita. Dengan peningkatan penguasaan bahasa sudah pasti akan meningkatkan komunikasi kita.

5. Membaca dapat mengisi masa lapang kita yang kita "tak tahu buat apa" tahu-tahu masa habis begitu saja. Maksudnya daripada masa senggang kita terbuang dan membazir begitu saja lebih baik kita isikan dengan membaca.

6. Membaca menjadikan kita mempunyai keterbatasan masa untuk memikirkan rasa tekanan dalam diri. Setiap orang pasti mempunyai tingkat stres dan depres masing-masing. Dengan membaca, maka kita akan fokus dengan apa yang kita baca. Justeru, semasa kita fokus kita tidak akan memikirkan perkara lain. Dengan erti kata lain semua benda-benda yang negatif dan mengecewakan akan terhindar daripada pemikiran kita. 

7. Dengan membaca biologi diri kita akan kekal positif dan kita dilihat sentiasa steady. Ini kerana, bila membaca kita tidak memikirkan perkara yang negatif maka diri kita akan sentiasa segar dan ceria. Rasa segar dan ceria ini akan menghasilkan tenaga yang positif dan emosi yang positif menjadikan kita akan terus bersemangat.

8. Membaca secara tidak langsung akan meningkatkan tahap keyakinan diri. Mengapa? Sebab dengan membaca kita seakan "berhadapan dengan guru" secara langsung walaupun guru itu hanyalah tulisan...tapi bayangannya macam kita berhadapan sendiri dengan penulisnya.

9. Membaca akan meningkatkan tahap kreativiti diri kita. Dengan membaca fikiran kita akan menjadi lebih aktif dan menjadikan kita lebih kreatif dalam apa jua yang kita lakukan.

Justeru, bagi mendapat secara maksimum faedah dan manfaat yang dinyatakan ini, jom sama2 kita setkan minda untuk meletak sasaran atleast 12 buku habis dibaca untuk tahun 2021. Kalau lebih tu lagi bagus!

Jom semua!


Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...