Skip to main content

Perlunya Otak Yang Sihat...

Malam ni nak berkongsi tentang ilmu yang saya dapat melalui siri perkongsian ilmu yang dianjurkan oleh Training With Heart By SABAR dengan speakernya adalah Dr. Rizal Abu Bakar, pakar kesihatan otak.

Saya secara terus terang, pertama kali mengikuti talk daripada Dr. Rizal. Ilmu yang dikongsikan sangat bermanfaat sekali untuk kehidupan kita. Memang sangat penting untuk kita tahu sebenarnya. Selama ini, tidak ambil kisah dan tidak ambil peduli...sekali bila dah tahu hakikatnya..Allah, rasa bersyukur sangat dapat mengikuti siri perkongsian secara online ini. 

Sebelum pergi kepada intipati yang saya nak kongsikan, saya nak gambarkan sikit tentang Dr. Rizal ni. Secara peribadi, saya suka cara penyampaiannya. Hebat dia dalam public speaking ni. Cukup lengkap semuanya, dengan nada suara, eye contact, style yang tersendiri dan sangat bijak dalam bermain dengan intonasi dan body language. Secara keseluruhan memang orang hebat dalam komunikasi.

Malam tadi saya tak buat catatan di buku catatan sebagaimana biasa bila saya menghadiri sebarang majlis ilmu...justerunya mungkin tak byk yg dpt diingat. Tapi saya cuba untuk recall point2 yang penting.

Antaranya adalah:

1.  Otak adalah operation centre untuk seluruh tubuh manusia.

2. Otak adalah organ manusia yang terakhir akan mati sebelum manusia diisytihar/disahkan mati.

3. Otak ni, Allah letak di tempat paling tinggi dan diletakkan dalam tempurung kepala yang paling keras dalam struktur badan manusia.

4. Otak ini tidak statik sifatnya. Ia sentiasa berkembang/berubah. Bila kita rajin membaca otak akan jadi muda. 

5. Kesihatan otak perlu dijaga supaya kita tidak termasuk dalam kategori "mental illness".

6. Walaupun usia meningkat, tapi otak boleh dimudakan dengan menjaga pemakanan, cukup tidur dan senaman, juga membaca Al-Quran dan zikir.

7. Dalam menjaga otak, tidur kena cukup. Tidak ada istilah orang dewasa 6 jam dan kanak-kanak 8 jam. Sebenarnya tidur yang cukup adalah 8 jam. Kajian menunjukkan otak kita akan mengecil secara fizikal sebanyak 35% sekiranya kita tidak cukup tidur.

8. Bila otak mengecil, akan beri kesan kepada performance dan kapasiti manusia.

9. Semasa tidur, kita rupanya bernafas melalui mulut dan bukan melalui hidung. Kerana itu lah bila kita bangun tidur kerongkong dan mulut kita rasa kering.

10. Otak yang berada di bahagian depan sekali, bahagian belakang dahi (cerebral cortex), adalah segala-galanya dan ia ibaratnya bagai CEO kepada otak, "CEO of the brain" di mana semua perkara yang berkaitan dengan fungsi intelektual, proses berfikir, pembuatan keputusan, perencanaan. Bahagian ini juga la yang mengendalikan ucapan, gerakan, memori, dan keperibadian. Kawalan emosi dan perilaku juga berada di sini.

11. Untuk jaga otak supaya sihat dan kita dpt berfikir dengan baik dan dpt mengingati dengan baik maka kena jaga pemakanan, kena cukup tidur dan kena bersenam juga. Pemakanan memang antara penyumbang yg sangat penting kepada otak kita.

12. Kajian menunjukkan bahawa bila kita berzikir kepada Allah...contohnya zikir Alhamdulillah, subhanallah, Allahuakbar semasa nak tidur sangat baik sekali untuk Otak.

13. Proses healing/penyembuhan otak hanya berlaku semasa kita tidur. Sebagaimana ada plak di gigi, otak manusia juga ada kotoran/plak yang perlu dibersihkan. Semasa tidur, air drpd tulang belakang akan naik ke otak untuk "membuat pembersihan" supaya otak kita sihat. Bayangkan jika kita tidak cukup tidur, sudah pasti pembersihan ini tidak dapat dilakukan/tidak sempat dilakukan. Lama-kelamaan akan menjadikan otak kita tidak sihat dan kesan yang tidak baik kepada diri.

Demikian lah serba sedikit info yang dapat saya kongsikan bersama hasil daripada majlis ilmu yang dihadiri secara online ini. Terima kasih kepada pihak penganjur dan Dr. Rizal..semoga barokah jua...aamiin

Sama-samalah kita menjaga kesihatan otak kita dengan menjaga pemakanan, mendapat tidur yang cukup, istiqomah dalam membaca Al-Quran dan berzikir, juga melakukan senaman. InsyaAllah.

Salam hormat
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...