Skip to main content

Perkongsian Tulisan Dr. Rizal Abu Bakar...

Tulisan Dr. Rizal Abu Bakar di Facebook beliau sangat menarik perhatian saya dan saya mohon izin beliau untuk berkongsi tulisan beliau seperti di bawah untuk sama-sama kita cerap dan hayati. 

--------------------------------------------- 

Lepas maghrib tadi duduk dengan anak-anak. Sembang ala ala tazkirah.  Analisa apa yang berlaku sekarang ini.

.

Saya mahu anak-anak tahu tentang ilmu eschatology - ilmu akhir zaman.

.

Hafiey tanya. “Kita ni fasa yang mana ayah?”

.

“Kita berada dalam zaman fitnah Hafiey. Nabi sebut sebagai Akhri zaman,’ jawab saya. Lalu saya bacakan hadis nabi. 

Rasulullah SAW bersabda:

"Akan datang kepada kalian masa kenabian, dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Kemudian, Allah akan menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang masa kekhilafahan ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah; dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya jika Ia berkehendak menghapusnya.

.

"Setelah itu, akan datang kepada kalian, masa raja menggigit, dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang masa raja diktator (pemaksa); dan atas kehendak Allah masa itu akan datang; lalu Allah akan menghapusnya jika berkehendak menghapusnya. Kemudian, datanglah masa Khilafah ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah (Khilafah yang berjalan di atas kenabian). Setelah itu, Baginda diam,” (HR. Imam Ahmad).

.

‘Jadi ada 5 fasa yang Nabi sebut. Kita di fasa ke 4”, saya jelaskan.

.

Nabi selalu sebut tentang satu golongan di akhir zaman ni. Bahaya mereka ni. Nabi sebut sebagai golongan Ruwaibidhah

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibn Majah, kitab al-Fitan, bab zaman yang dahsyat. No. Hadith : 4026. Imam Ahmad, Sahabat yang banyak meriwayatkan hadith, musnad Abu Hurairah. No. Hadith : 7571. Al-Hakim, Mustadrak ‘ala al-Sahihayn, 5 : 659) [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani RA di dalam Silsilahnya, no. hadith : 1887].

.

Bahaya Ruwaibidhah ni kata saya. 

.

Zaman ni kita akan tengok orang yang berkuasa ada dua jenis. Satu macam pelepah pokok kelapa.

.

Akhyar bantai gelak time ni. “apasal pelepah pokok kelapa. Bukan benda lain” Tanya dia sambil berseloroh.

.

Saya kata ‘tunggu jap. Let me continue first ‘. Lepas tu saya sambung.

.

Satu lagi yang berkuasa ni macam daun pokok pisang. Masa ni Akhyar terus sebut “whaaattt.” panjang betul what dia.

.

Begini. Pelepah pokok kelapa ni sempoi. Bila dah tua. Bila dah tiba masa dia pandai gugur sendiri. 

.

Ada orang yang ada kuasa mampu buat macam ni. Bila sampai masa turun sendiri dari takhta.

.

Tapi golongan macam ni tak ramai. Rare.

.

Golongan kedua macam pelepah daun pisang. Daun pisang bila dah tua, dia bertukar warna. Dari hijau ke warna koko. Kecut pula tu.

.

Tapi daun pisang ni dia terus melekat kuat kat batang pisang. Tak mahu gugur sendiri. Ditarik, direntap pun dia masih melekat dengan pokoknya.

.

Kena potong baru terputus daun pisang tua dengan batang pisang.

.

Manusia pun ada macam spesis pelepha daun pokok pisang. Walaupun dah tak ada kuasa masih tak mahu turun takhta. Masih melekat. Berusaha untuk kekal dalam jawatan.

.

Saya pesan pada anak-anak lagi. “Yang takutnya golongan kedua nilah nabi sebut sebagai golongan Ruwaibidhah ni.

.

Jadi kalau orang nak offer jawatan atau position. Fikir banyak kali. Semua tu amanah. Mahu ke kalau kita ni masuk dalam kategori yang nabi sebut ni. 

.

Also think. Are you pelepah pokok kelapa or pelepah daun pisang. 

.

Ini soalan terakhir saya. Kebetulan azan isyak pun berkumandang.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...