Skip to main content

Sambal Telur Pecah Sedap...

Hari ni WFH atas sebab2 tertentu yang tidak dapat turun ke ofis. Selalunya setiap hari akan ke ofis walaupun boleh WFH sebab meeting full pagi dan petang. 

Jadinya today's activity, sebelah paginya hadiri bengkel online hinggalah ke tengah hari.

Jadinya masak simple saja. Kebetulan memang tak selera sangat nak makan berat2. Makanya buat yang paling ringkas dan cepat dimasak.

Sambal telur pecah macam gini ni first time saya buat sebenarnya. Menu sambal telur ni selalu buat tapi bukan telur yang pecah terus dalam sambal tapi telur yang digoreng dulu atau rebus then goreng, barulah dimasukkan dalam sambal.

Sesekali kita cuba menu di luar rutin. Banyak kali menu ni muncul di FB wall saya, makanya kali ni kita buat. Memang best rupanya masak mcm gini. Boleh try nanti bagi sesiapa yang belum pernah cuba ya. Memang tak mengecewakan. Sedap!

Cara membuatnya pun sangat mudah..sama spt goreng berlada yang biasa kita buat tu. Just blend hancur cili kering 5 tangkai, 4 biji bawang merah kecil, satu ulas bawang putih. Tumis dgn minyak..masuk sos sikit, dah pecah minyak blh masuk garam gula, then pecahkan telur satu persatu. Saya masukkan 4 biji telur. Nanti ikut taste masing2 telur tu nak separuh masak atau masak penuh..nak hancur atau tak mahu hancur...blh decide masing2 ya.

Selamat mencuba!




Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...