Skip to main content

Cornflakes Cookies Rangup dan Gebu...




Santai Hujung Minggu

"Berbaking-baking"
anggerikdesa

Hari ni buat Biskut Cornflakes ni. Tak rajin sangat sebenarnya tapi tapi tapi......
Alkisahnya..dah dekat dua bulan beli cornflakes ni...anak2 rupanya tak mau makan sgt unk breakfast pagi...makanya asyik dok menengok tak terusik elok aje dlm kotaknya...hari ni kita transform kepada bentuk yang lebih menarik rasa😅
Jadinya boleh buat kudap2..

Bagi yang berminat untuk cuba biskut mudah dan ringkas ini boleh cuba resepinya seperti berikut ya.

Bahan-bahan:
200 gm butter
Gula halus 3/4 cawan
Telur kuning 1 biji
Tepung gandum 1 dan 3/4 cawan
Tepung jagung 1/4 cawan
Tepung kastard 1/4 cawan
Sedikit Esen vanila
Cornflakes 2 cawan
Satu sudu teh baking powder. Jika guna tepung yang sudah siap berserbuk penaik. Maka tak perlu masukkan lagi baking powder.
Secubit garam

Cara-cara:
1. Kacau dgn spatula saja gula dan butter dlm 5 minit. Tidak perlu sampai kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan garam. Kacau sebati.
3. Cornflakes tadi diramas2 hancur.
4. Campur kesemua cornflakes dan tepung dan ke dlm adunan tadi. Sebatikan dan boleh lah diterap ikut suka masing-masing. Bakar selama 20 minit suhu 170C bergantung kpd oven masing2.

Saya cubit2 buat bentuk bulat saja. Cookies ni sedap dimakan masa minum petang dgn kopi o. Juga boleh dinikmati bila2 masa. Cookies ni semesti pada hari raya saja kita boleh buat dan hidangkan, hari-hari biasa juga boleh dibuat untuk dimakan seisi keluarga. 

Selamat mencuba!

RZH
24 Jan 2021



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...