Salam Hujung Minggu buat semua pengunjung anggerikdesa...
Semoga hujung minggu ini dapat kita recharge diri dengan aktiviti yang membahagiakan kita. Pilih saja apa aktiviti yang kita suka kita minat, berkebun, menulis, memasak, mengemas, beriadah dan sebagainya lagi.
Pagi ini sekadar menulis santai berkaitan tips mudah untuk bahagia iaitu dengan memudahkan dan membahagiakan orang lain.
Memudahkan dan membahagiakan orang lain adalah sesuatu yang sangat mudah untuk dilakukan. Beri orang rasa bahagia dengan kehadiran kita....
Bila kita mempermudahkan dan membahagiakan orang lain, insyaAllah, Allah akan mempermudahkan dan membahagiakan kita. Justeru, nikmat apa lagi yang nak didustakan.
Sama-sama kita mencari ruang dan peluang untuk membahagiakan orang...rebutlah sebanyak mungkin. InsyaAllah, kita juga akan terus Allah mudahkan dan bahagiakan.
Salam hujung minggu,
Comments
Post a Comment