Skip to main content

Posts

Gulai Udang Sedap...

Sekian lama tertangguh untuk kongsikan gulai udang style saya. Resepi gulai udang ni resepi mek saya dan arwah nenek. Memang sedap. Special rasanya. Kebetulan seminggu sebelum PKP saya ada balik ke kampung mertua. Kawasan kampung mertua memang terkenal dengan tempat udang galah. Makanya masa turun ke pasar Mr. Husband belikan udang galah untuk dibuat gulai. Jom kita lihat bahan2nya: 1. Udang sekilo 2. Santan dari sebiji setengah kelapa 3. Bawang merah tujuh lapan ulas. 4. Bawang putih cket sgt, ulas yg kecil sgt. Bawang putih ni tak blh byk untuk gulai, tak sedap nanti gulai kita. Kalau ikut saiz hujung lidi saja kata mek saya. 5. Cili kering dlm 10 tangkai, potong dan rendam air panas. 6. Halia sebesar hujung kelingking. 7. Asam keping 1. 8. Beras ditumbuk lumat dalam setengah sudu teh. 9. Garam dan gula secukupnya 10. Nise 1/4 kerek. Cara-cara: 1. Udang cuci bersih, buang sedikit saja bhgn kepalanya dan ekor taj perlu buang...dan sejatkan 2. Blend b/merah, b/putih, ...

Cucur Manis Rangup...

CUCUR MANIS RANGUP anggerikdesa Petang ni dah "stuck" juga dah idea nak buat apa untuk minum petang.. Intai di kabinet, masih ada stok gandum dua paket lagi... teringat cucur manis yang viral hari tu...makanya buatlah..viralnya dah berlalu pun sebenarnya, cuma saya baru berkesempatan buat...😅 Seronok buat cucur ni..sebab ada "kekdah" nya tersendiri. Cucur pun ada kaedah dan peraturannya untuk ia menjadi bulat2 dan kembung elok begitu...inikan pula kita manusia...mestilah perlu ada peraturan dan sistem tertentu...kalau tak ada sistem nanti huru-hara lah kejadiannya...dan kalau dah ada peraturan tak mau patuh pulak satu hal juga....hehe...amboihh sempat lagi ya😅 Cucur ni memang viral bulat-bulat macam gitu...perlu "bulat-bulat" dan kembung kejadiannya😁 ralit pula membuatnya...saya buat dua cawan saja tadi...dpt 24 biji. Cukup untuk minum petang seisi keluarga. Jom kita tengok bahan2nya sangat mudah, hanya tiga bahan saja, iaitu gandum...

Mee Goreng Sedap...

Mee goreng ni kisah dua hari lepas. Goreng mee untuk breakfast. Terus dengan brunch. Jadinya hari tu tak masak tengah hari..makan mee ni sampai ke lunch. Dah tak ada idea untuk masak lauk tengah hari, justeru makan dulu mee goreng ni...petang baru masak lauk. Ada alkisah di sebalik goreng mee ni. Ni citer zaman2 saya di universiti dulu bagaimana saya dpt idea cara goreng mee yang simple dan sedap. Mee ni bawang dia tak blh byk mcm kita goreng mee hoon sbb nanti dia tak sedap. Ideanya dapat drpd salah seorang kawan serumah dari belah utara...saya tgok dia goreng mee tak guna bawang merah kecik dan tak blend apapun, itu yang menjadikan bahan tumis tu tidak berat sangat dan mee goreng tu mmg tak bagi kita rasa muak...semua bahan dia mayang saja termasuk cili besar...dari situ la saya dapat idea dan tips goreng mee yang tidak muak dan sedap. Cara buatnya saya ubahsuai cket ikut citarasa saya. Bahan2: 1. Mee kuning satu kg 2. Bawang holland satu labu dimayang 3. Bawang putih lima e...

Udang Goreng Special Bersalut Cili...

Tiga empat hari lepas saya masak udang goreng simple bercili ni. Memang mudah untuk disediakan bila kita hanya mempunyai masa yang terbatas untuk menyediakan lauk untuk lunch or dinner...atau bila kita rasa malas untuk memasak..maka pilihlah menu ni...boleh dibuat untuk ikan, sotong, telur, ayam, dan sebagainya mengikut citarasa masing2. Masa ni saya kebetulannya penuh meeting online pagi dan petang. Masa break untuk meeting sebelah petang tu agak pendek, makanya saya just masak simple tapi menunya tetap memenuhi citarasa seisi keluarga. Jom kita tengok bahan2nya: 1. Udang dalam 25 ekor 2. Bawang holland satu labu dimayang 3. Bawang putih 3 ulas ditumbuk kasar 4. Cili api tiga empat tangkai dipotong halus. 5. Satu sudu cili giling 6. Satu sudu sos cili 7. Satu sudu sos tiram 8. Garam dan gula secukup rasa 9. Kunyit serbuk 10. Minyak untuk menumis dan menggoreng. Cara2: 1. Bersihkan udang, potong sedikit bhgn kepala, bhgn ekor biarkan saja. 2. Udang gaulkan dengan gara...

Masak Megi Special Sedap!

Pernah berlaku tak bila kita dah tak ada idea dan dah tak tahu nak makan apa dah...dan bila selerapun tiba2 rasa "sebu"...hilang selera untuk makan dan tiba2 kita craving for megi...😁 Itu la dia, pasti akan ada rasa sesekali kita rasa kita nak something like maggi..kadang2 juga megi ni menggamit rasa rindu kita pada sesuatu yang sesuatu itu hanya kita yang tahu...wahhh gittchewww... Hokeylah tak mahu intro panjang2 sangat...gis nya cuma nak sebut teringat nak makan megi dan teringat satu kenangan yang pernah dilewati tentang kisah makan megi dan kenangan itu telah lama berlalu...walau tidak pernah berlalu dari hati... Back to cerita megi tadi, pasti masing2 ada cara masing2 memasak megi kan..ada yang suka rendam air panas dan masukkan rencahnya dan done...ada yang suka ianya dimasak , ditumis bawang dan dimasukkan rencah seperti sotong, udang, telur, ikan bilis dan sebagainya...saya juga tidak terkecuali..kedua2nya saya suka..ikut mood masa tu... Cuma untuk keinginan...

Pulut Kuning Kelate...Memang sedap!

Kalau bercakap tentang pulut kuning memang menu yang saya tak tolak la..hehe. Menu favorite la kiranya. Sebarang bentuk pulut ni memang menjadi kegemaran saya dan keluarga di kampung. Macam2 jenis menu yang boleh dibuat dengan pulut ni...antaranya pulut kuning la...masakan daripada pulut ni top seantero tempat di Asia. Dah lama dok teringat nak buat..dan kebetulan di FB pulak hari ni, ada sahabat masa di pejabat lama dulu share pulut kuning di..., Encik Fadzil ni memang pandai masak..level chef dia.... Justerunya, sedang elok la dgn planning saya.."pucuk dicita ulam mendatang" la kiranya...menggamit rasa untuk teruskan hasrat untuk masak pulut kuning...dan kebetulan pula memang untuk  lunch hari ni saya masak rendang..makanya sedang elok la buat cicah dgn pulut ni nanti. Kebetulan juga stok pulut madu dari Kelate yang adik saya bawa hari tu masih berbaki satu paket lagi..jadi saya guna separuh untuk dimasak petang ni. Petang ni jadi la pulut kuningny...

Koleh Lemak Kelate...

Semalam teringat nak makan koleh lemak. Makanya buatlah... Alkisahnya, minggu lepas adik ipar letak di fb, mek saya tengah buat koleh lemak...aduhhhh sedap nyo😱 sebab saya memang suka kuih2 tradisional ore tua dulu2. Makanya hari ni saya buat. Kuih ni sangat mudah untuk dibuat tapi leceh sikit la nak buat dia, tapi berbaloi sbb memang sangat sedap...bagi penggemar kuih2 orang lama la. Tang leceh tu, sebab bila buat kuih ni kena buat dua tiga perkara..kuih ni ada tiga bahagian kena buat..yang pertama kuih ibunya, kedua kuahnya dan ketiga sambal nyior dia...hehe sambal nyior ni yang malas cket...tapi sambal nyior ni la penyedap nya...makanya kena la buat juga... Kuih koleh lemak ni hanya guna tepung beras, air, santan, kelapa, juga ikan rebus, bawang merah, halia, serai dan sedikit halba. Jom kita tengok bahan-bahan kuihnya: 1. Dua cawan tepung beras 2. Empat cawan air dan satu kotak santan. 3. Sedikit garam 4. Setengah cawan gula 5. Halba satu sudu teh C...