Skip to main content

Kehidupan ini Milik Allah - Jangan Hanyut Dengan Kesibukan Dunia..

Kalut sedikit petang tadi mengejar masa untuk melunaskan tanggungjawab yang perlu digalas...aduhaiii dlm hati....
"Ya Allah, janganlah Kau sibukkan diriku dengan kesibukan dunia kerana sudah pasti ini adalah atas amanah dan tanggungjawab yang Engkau izinkan buat diriku".

Sesambil mulut beristigfar agar bila dalam kekalutan dan keresahan Allah "kembalikan ke kordinatnya" maksud saya kordinat kestabilan diri...saat kita rasa kita ni rasa kalut sgt maka sentiasalah beristigfar kerana dengan beristigfar itu akan menenangkan jiwa dan meleraikan rasa juga kekusutan dan membuka jalan. Alhamdulillah...jiwa kembali kepada kordinat kestabilan.

Kereta dipandu lancar dan sesekali bergerak perlahan. Perlahan atau laju itu bukan isunya kepada saya kerana saya telah set di minda saya bahawa ETA nya dlm sejam saya akan tiba ke destinasi. Kalau tiba lebih awal, itu dah kira bonus pada saya. Yang penting pada saya adalah memandu dgn rasa ketenangan dan kedamaian...soal sangkut atau lancar dek kesesakan jalan...itu soal nombor dua. Dalam 45 minit saya tiba ke destinasi walaupun meredah rutin kesibukan dan hiruk pikuk suasana di lebuhraya pada waktu petang...itu sudah biasa begitu...

Malam ni merehatkan diri sambil dok "scrolling" muka buku ni..saja mencari sebarang bentuk perkongsian yang dapat didengar atau dilihat...jemari terhenti dan memilih channel ceramah dari Ustaz Dasuki...

Bait2 demi bait kata2 Ustaz Ahmad Dusuki dihayati dan dihadam...antara yang dapat diingati adalah:

1. Jangan kita merasa kekayaan, kekuasaan, pangkat dan pengaruh itu akan memuliakan kita. Semua itu dunia semata-mata yang hanya melekakan dan membuai kita sehingga kita hanyut dalam "kesibukan dunia".

2. Dalam hidup ini perkara yang akan membahagiakan kita adalah apabila kita cukup masa untuk:
- membaca Al-Quran - Kalamullah
- mengerjakan solat di awal waktu
- mengerjakan solat2 sunat
- mengerjakan puasa sunat

3. Tidak perlulah kita "merajakan dunia" sangat sehingga kita terlupa tentang tujuan kita dijadikan untuk menghambakan diri pada Allah.

4. Bersyukurlah kita kerana kita dijadikan Allah sebagai manusia iaitu sebaik2 makhluk ciptaan Allah berbanding dengan makhluk Allah yang lain....cuba bygkan kalau kita dijadikan katak puru, kata Uztaz Dasuki...

Allahuakbar...di saat mendengar perkongsian ilmu Allah ini...mendengar ustaz mengajar tentang ilmu agama dan perkaitan dengan kehidupan betapa diri merasa kerdil sgt...tanpa sedar..rasa tenang dan rasa damai meresap masuk ke jiwa...hati terbuai dgn rasa ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit...itulah ilmu Allah yang perlu dan wajib kita hayati dan hadam!

Sekadar Bicara santai
Anggerikdesa
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...