Skip to main content

Citer Sate Tulang...




Malam tadi saje turun jenjalan ke Port Dickson (PD)... "jalan2 kosong" aje. Lama tidak ke sini...kesibukan dan kekangan masa juga keadaan kesihatan  menjadi faktor tak berjalan2 sgt.

Kalau dulu2 PD ni mmg tempat rutin berbengkel dan berkursus...sampai kami semua boleh hafal la semua hotel kat area PD ni...hehe...antaranya Hotel Bayu Beach Resort, Regency Hotel, Avillion Admiral Cove, Corus Paradise, Lexis Hotel, Thistle Hotel, Glory Beach Resort, PNB Ilham Resort, dan pelbagai lagi. 

Di sini antara pilihan tempat kami berbengkel...namun kini sudah sekian lama tidak ke sini bagi tujuan bengkel atau kursus. Perubahan polisi dan langkah penjimatan adalah antara faktor bengkel dan kursus jarang sekali diadakan di luar.

Malam tadi bersama famili sekadar "round2" saja sambil melihat suasana malam, merasai bayu laut dan secara tidak langsung "menjenguk kenangan lama" sambil plan untuk dinner sekali sebenarnya...😁

Sepanjang dalam kereta semasa di PD, teringat pula kenangan2 yang pernah dipahat di sini...di semua hotel tempat berbengkel memang ada kenangannya tersendiri. Dalam hati berbisik "fuhhh, terlalu byk kenangan yang ditinggalkan di sini, ada sbhgnnya masih segar dalam ingatan dan ada sbhgnnya telah samar2 antara ingat dan lupa"...

Dalan perjalanan pulang,  Mr. Husbang singgah di medan selera di simpang tiga berdekatan dgn Kem RAMD...berubah banyak medan ini...banyak warung2 yang ada dengan menu istimewa masing2...yang paling menarik adalah menunya  yang pelbagai... memang banyak pilihan dan makanan pula pada saya memang sedap dan sesuai dengan citarasa saya.

Di samping makan nasi dgn lauk-pauk yang dipesan...kami mencuba sate di warung "Sate Tulang Mak Dayang"....kami mencuba sebab tertarik dengan namanya sate tulang tu... masa parkir kereta lagi saya ternampak tulisan "sate tulang" di warung ni...dalam hati saya berbisik "dah bagaimana pula sate tulang ni" dalam hati saya ingatkan sate tulang yg kita buat sup tu...tapi macam pelik la pula...takkan pula tulang tu dijadikan sate...hehe

Rupa2nya sate tulang mak Dayang ni adalah sate ayam yang dipotong ikut saiz mcm dalam gambar ni tapi potong dengan tulang2nya sekali diperap dengan rempahnya dan dibakar......wahhh mmg sedap dan berbaloi..perapannya sedap dan kuahnya sgt sedap....bagi penggemar sate ayam mmg wajib cuba (saya tak suka sangat ayam, tapi saya test rasa dia saja) dan saya pasti anda akan suka....mmg best!

Sekadar perkongsian santai,
RZH
30 Sept 2019

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke