Skip to main content

Amalkan Banyak Minum Air Putih



30Sept2019
#DetoxBuangToksin

Kita acu cuba tra test minum air putih atleast 3 liter sehari terutamanya kalau kita byk mengambil supplements...dan sesekali boleh selang seli dgn air lemon...

Hehe...sekian lama stop minum air sebanyak ni dan stop segalanya aktiviti berkaitan...
Kita cuba istiqamah la...kononnya la...tapi orang kata kalau kita tak pasang niat makanya confirm la tak ke mana...jadinya pasang niat dulu dan gerakkan tindakan...hehe...

🎁Angan2 dan visualkan
🎁Pasang niat
🎁Lakukan dan gerakkan
🎁Semangat & Istiqomah
🎁Lihat hasil

Starting today...acu tra test tengok minum air lemon ni...😱...hari pertama ni macam berjaya...kekalkan momentum dan pasakkan harapan!

Air lemon ni bagus untuk detoks dan buang toksin sebenarnya...air lemon mengandungi nutrien yang diperlukan oleh badan kita, contohnya vitamin c, potassium dan fibre....dan opkos ianya memang membantu dalam pencernaan...

Owhhh tetapi perlu diingat...Detoks lemon ini juga ada kesan sampingannya...tidak boleh sebenarnya diminum setiap hari secara berterusan...saya ada terbaca kesan sampingannya kpd kesihatan...

Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat doktor dulu andai ada rasa kesan gitu gini, contohnya pedih ulu hati, perut memulas, pening kepala, mual dsbnya lagi....juga air lemon ni jika kerap sgt diminum ia akan beri kesan kpd enamel gigi kerana lemon ni adalah buah yang berasid, jadinya jika diambil kerap kali, acid lemon akan menghakis enamel gigi dan membuatkan gigi sangat sensitif dan mudah ngilu pada makanan sejuk dan panas...

Saya memilih untuk ambil berselang seli saja, mungkin dua atau tiga kali saja dalam seminggu...selebihnya air putih kosong la...yang penting istiqomah atleast 3 liter sehari...

Sekadar berkongsi dalam penulisan ini, saya ada terbaca satu artikel yang mengatakan pengambilan air putih selama 30 hari tanpa mengambil sebarang minuman lain termasuk teh dan coffee akan memberikan manfaat yang sangat baik kepada badan kita, antaranya adalah:

1. Meningkatkan tenaga kerja dan kreativiti.
2. Membakar lemak tubuh
3. Menguatkan fungsi jantung
4. Menguatkan tulang
5. Meningkatkan daya tahan tubuh
6. Melambatkan proses penuaan
7. Menjadikan kulit lebih segar/mengekalkan kelembapan
8. Meningkatkan sistem imunisasi diri
9. Mengelakkan berlaku kekejangan otot
10. Mengurangkan risiko sakit kepala.

Kesimpulannya, adalah sangat penting untuk kita memastikan kita dapat minum air kosong yang mencukupi untuk keperluan badan bagi menjamin kesihatan yang baik. Pengambilan air kosong yang banyak juga boleh mengurangkan kemungkinan untuk badan kita berisiko berhadapan dengan pelbagai penyakit. Ia juga akan mengekalkan kandungan air yang mencukupi agar tidak mengalami dehidrasi. 



Sekadar perkongsian jua,
RZH
😀

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...