Skip to main content

Hindari Hati yang Rapuh...



Bahasa mudah kita untuk makanan dalam gambar ni adalah kudap2 krup krap...atau kita panggil kentang goreng atau juga "crispy chips"...memang sedap!

Kudap2 ni mmg garing dan rapuh tahap dewa...bahasa sekarang gak "rapuh giler" la...satu bekas tu memang confirm mengadap sorang2 saje😀

Bercakap tentang rapuh ni, terfikir pula saya kaitannya dengan hidup kita. Dalam hidup ini kita tidak boleh RAPUH. Wajib latih diri kita agar kuat dan tidak cepat rapuh...tidak "fragile" jangan..sebab kalau hati kita jenis yang rapuh atau jenis "hati tisu"...memang habis lah..."tutup buku"...titik.

Mengapa hati kita tidak boleh rapuh? kerana kita setiap hari setiap masa berhadapan dengan pelbagai ragam dan karenah manusia di sekeliling kita...bukan setakat karenah manusia....keadaan persekitaran, kebisingan di jalan raya, keadaan cuaca...semuanya perlukan hati dan mental yang kuat....kalau hati kita fragile...kita mmg tidak akan mampu untuk bertahan sedangkan hakikatnya kita perlu kuat!

Tanda hati kita rapuh...fragile:
1. Sangat/mudah sensitif
2. Cepat terasa
3. Mudah merajuk
4. Mudah melenting
5. Cepat melatah
6. Mudah berjauh hati & pinggir diri
7. Mudah rasa "down"

Kesemua tanda ini menggambarkan dalaman kita yang "tidak sihat" sebenarnya dalam soal rohani....justeru, carilah vitamin dan penawar untuk kekuatan rohani...apa dia penawarnya?

Sudah pasti ianya adalah soal hubungan kita dengan Allah...soal ibadat kita kepada Allah....perkemaskan...pertingkatkan...perbaikkan...antaranya berzikir, bertasbih, mengaji Quran, mengerjakan amalan2 wajib dan sunat, mendengar ceramah agama dsbnya lagi.

Cari kelemahan diri dan terima kelemahan diri kita..selagi kita tidak mengakui kelemahan diri selagi itu lah kita tidak mungkin dapat berubah untuk memiliki rohani yang baik dan "sihat"....justeru, sama2 lah kita mencuba untuk berubah  dan mempraktikkannya secara istiqamah...agar kita menjadi mukmin profesional!

Sekadarnya jua,
RZH
26 Sept 2019

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...