Skip to main content

Analogi Pisang Sira...




Buka pintu peti ais...tengok ada satu Tupperware masih di situ..isi dalamnya dah tinggal cket benar..dalam hati saya berbisik "dah boleh basuh la tupperware ni" sambil tangan mencapai lembut tupperware berkenaan.

Owhhh bila tutup tupperware dibuka...ada seketul lagi pisang sira yang mek saya buat yg saya bawa balik dari kampung tempohari...dlm hati saya "owhh, ada seketul lagi pisangnya"

Hokey saya pun mencapai pinggan dan menceduk pisang ni masuk dlm pinggan. Bubuh sekali dgn kuah dan pandannya...seperti dalam gambar ni la..😁

Pinggan berisi pisang sira ini saya bawa ke meja makan dan saya terus menyuapnya ke mulut...."aduhaiiii masih sedap rasanya"...rasa pisang bersalut manis2 kuah pekatnya memang kesukaan saya...

Pisang sira ni makin lama makin sedap...tapi jangan la lama2 sangat kerana nanti ia akan rosak, berkulat dan busuk juga..maksimum seminggu tu boley la...

Begitu la juga dengan kehidupan kita dalam melayan pelbagai masalah dan pancaroba kehidupan...satu2 masalah tu janganlah kita bebankan terlalu lama dalam fikiran kita..beri time bound nya....paling lamapun seminggu saja la...tgok pada merit kes...let it go..jgn simpan di fikiran kerana nanti akan beri tekanan lebih kpd kita...dan cetuskan byk masalah lain pula nanti, terutamanya masalah berkait dengan kesihatan kita.

Cuba bayangkan kalau benda dah berkulat, busuk dan berulat spt analogi pisang sira tadi..bila kita makan..bukankah nanti akan meracun diri...b

Begitulah juga analogi dalam kehidupan kita, masalah tu bila kita simpan lama dalam hati dan dalam kotak fikiran mmg akhirnya nanti akan merosak diri...

Kesihatan itu sangat berharga kepada diri kita, jadi jangan kita sendiri yang menjadi punca kepada masalah kesihatan kita...kita masih ada pilihan kan....

Sekadar santai2 menulis saja.

Salam Hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...