Skip to main content

Peredaran Masa Sepantas Kilat...Adakah kita masih leka?

Kembali semula ke sini setelah sebulan tidak sempat menulis. Kekangan waktu dan kesibukan yang mendesak menjadikan blog ini tidak sempat dijenguk.

Tapi malam ni...fikiran diganggu oleh sesuatu rasa sehingga membawa kepada perasaan yang perlu menterjemahkannya dalam bentuk tulisan.

Kebelakangan ini sentiasa hadir di fikiran tentang masa yang begitu pantas berlalu...bagai kilat perginya...sedar2 ini sudah tahun 2019 rupanya...baru smlm rasanya tahun 1980-an. Baru semalam masuk tahun 2019 dan kini sudah hampir di penghujung tahun...sudap bulan Sept!

1980-an saya masih di sekolah rendah..masih berpakaian sekolah baju warna putih dan kain warna biru gelap. Kasut sekolah warna putih bertali atau yang berpelekat tu entah apa perlu dipanggil kasut jenis pesen itu. Whatever nama la...tapi kasut itu begitu bentuknya. 

1990-an pula saya di sekolah menengah tinggi dengan uniform sekolahnya, baju berwarna putih dan kain berwarna biru muda..kasut kekal berwarna putih.

Kini sudah 2019...Allahuakbar sudah 36 tahun berlalu...cepatnya masa! 
Tiba2 memikirkan usia skrg..sgt hampir ke lima series. Bagaimana tu?

Hati berbisik...umat nabi Muhammad s.a.w...jangka hayatnya adalah antara 60 hingga 70 tahun. Nabi Muhammad s.a.w. wafat di umur 63 tahun. Andai kata mengambil umur nabi sbg perbandingan....sudah tidak lama lagi sebenarnya jangka hayat ini...hanya tinggal lebih kurang 15 tahun saja lagi untuk berada di dunia ini. Itupun kalau panjang umur. Seandainya fikiran dibawa memikirkan ini...semua di dunia ini seakan tiada bermakna...akhirat jua kehidupan yang kekal abadi.

Justeru andai ini hakikatnya, saya bertanya pada diri:

1. Untuk apa kita begitu beria dan taksub dgn urusan dunia yang boleh melekakan sedangkan hakikatnya kehidupan ini hanya sementara. Tiba masa kita semua akan pergi.

2. Kenapa perlu ada sikap sombong, ego, berlagak hebat, merendahkan orang lain, double standard, menunjuk2 dan sebagainya lagi sdgkan hakikatnya kita ni hamba Allah yang sama saja di sisi Allah.

3. Mengapa cepat nak melenting, marah dan memaki hamun sedangkan hakikatnya kita diajar dalam Islam agar sentiasa bersabar dan menjauhkan diri dari api kemarahan kerana akhirnya nanti ia akan memusnahkan.

4. Mengapa masih perlu merajakan harta, pangkat, kuasa, dan rupa paras sedangkan hakikatnya bila kita mati nanti itu semua ditinggalkan...kita hanya membawa kain kapan sahaja.

5. Mengapa perlu penipuan dan pembohongan bermaharajalela bagi tujuan itu dan ini sedangkan hakikatnya kita sbg hamba Allah diajar untuk jujur. Cctv Allah sentiasa ada ada di sekeliling kita...mengapa kita tidak takut pada hari pembalasan Allah.

Kesimpulannya...kemusnahan dunia hari ini adalah berpunca dari kerakusan manusia mengejar dunia sampai terlupa soal pahala dan dosa sehingga banyak Allah turunkan bala supaya manusia kembali beriman kepada Allah....namun apa yang berlaku...yang sesat akan semakin sesat dan yang berubah insyaAllah akan terus istiqamah...ameen.

Salam Hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...