Skip to main content

Renungi Usia Yang Makin Menganjak...

Malam ini kembali ke sini setelah agak lama juga tidak menjenguk. Kekangan waktu dan kesibukan kerja menjadikan masa untuk blog juga "terkehel" sedikit...Bila sudah penat full swing di siang nya..mlm memang betul2 digunakan untuk berehat.

Kali terakhir menulis adalah pada Mei yang lalu...aduhai sudah empat bulan blog ditinggal sepi...walaupun tidak di blog, saya sebenarnya menulis juga, tapi hanya penulisan2 ringkas di FB...menulis mmg wajib...mlm ni kembali ke blog dgn tajuk pilihan di atas...

"Renungi Usia yang Makin Menganjak"

Tajuk ini punyai kebebasan dan keluwesan bercerita yang cukup banyak..dimensi penceritaan yang luas, tapi saya cuma ingin melontarkan pandangan berkaitan dgn aspek usia dan tingkahlaku...

Bila menyebut usia yang semakin menganjak, apa agaknya perkara pertama muncul di fikiran kita...sudah pasti angka kan...40-an, 50-an, 60-an dan seterusnya.

Adakah peningkatan usia ini seiring dgn perubahan tingkahlaku kita...makin elok kah perangai kita...atau makin teruk kah perangai kita...atau serupa saja tanpa ada penambahbaikan.

Mengapa saya memberikan permulaan angka dengan 40-an...kerana orang kata umur 40 itu adalah pemisah antara garisan berubah atau tidak berubahnya kita. Mungkin kita semua pernah mendengar ada orang kata "Bila dah umur 40 tahun masih tidak berubah perilakunya, makanya tidak berubahlah seseorang itu sehingga ke akhirnya"...ya...mungkin betul dan mungkin tidak...

Melalui pemerhatian saya, bila kita makin menganjak usia ni, ada macam2 perilaku yang pelik2 mula singgah dalam diri kita, sama ada kita sedar atau tidak....antaranya adalah:

Dari sudut Positifnya:

1. Merasakan diri sudah tua dan banyak menjaga sikap dan tingkahlaku serta tutur kata agar dilihat selari dgn usia.

2. Lebih mendekatkan diri dengan Allah - menjaga hubungan dengan Allah kerana hati sentiasa ingat bahawa bila2 masa saja Allah boleh menjemput.

3. Tidak lagi merajakan dunia - tiada masa untuk memikirkan lebih tentang duniawi kerana di usia sebegini, bekalan akhirat yang lebih diutamakan dalam mencari rahmat dan kasih sayang Allah berpanjangan.

4. Mengelak diri dari konflik dan persengketaan agar kehidupan lebih damai dan tenang - tanpa konflik hidup lebih harmoni.

5. Lebih tenang dan lebih matang dalam tindakan dan perbuatan.

6. Banyak mengabdikan diri di jalan Allah dengan banyak mengaji Quran, berpuasa sunat, mengerjakan solat sunat, banyak bersedekah dan beramal.

Dari sudut negatifnya:

1. Hati mudah tersinggung, cepat berkecil hati, dan mudah merajuk.

2. Merasakan diri perlu diberi penghormatan lebih - kononnya telah veteran dan telah makan garam dulu. Jika "terusik" sedikit mulalah menunjukkan belang.

3. Rasa diri lebih hebat dari orang lain - kononnya pengalaman lebih lama. Tak boleh silap sikit mula memberontak.

4. Rasa diri ada lesen besar untuk marah orang, herdik orang dan mengata orang sesuka hati.

5. Membesarkan dunia bagaikan akan hidup selamanya...hidup ini sementara...ajal tetap akan tiba.

Alangkah bertuahnya kita kalau di peringkat usia makin menganjak ini hanya amalan yang positif yang mendampingi kita...andaikata banyak yang negatif ...bimbang diri berterusan begitu tanpa kita menyedarinya...semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah...risau kot nanti kita terus hanyut dibuai dengan kesibukan dan buaian dunia.

Sama2 kita berdoa agar Allah sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua. Semoga jua hati kita semua sentiasa disibukkan dengan urusan akhirat dan tidak lagi mengejar urusan duniawi yang akhirnya nanti akan melalaikan...

Salam Hormat
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke