Kehidupan ini sebenarnya sesuatu yang sangat indah dan membahagiakan sekiranya ia diuruskan dengan baik dan dinikmati sepenuhnya. Kita sendiri yang mencorakkan kehidupan kita sama ada ia membahagiakan atau menyakitkan..andai kita sentiasa positif dan berlapang dada dalam melayari kehidupan kita, makanya for sure lah kehidupan kita akan sentiasa tenang dan bahagia...Hidup ini hanya singkat..makanya nikmatilah dengan sepenuhnya dan syukurilah dengan apa yang kita ada.
Namun untuk sentiasa positif dan berlapang dada itu memang bukan semudah yang kita sebutkan di bibir dan fikirkan di fikiran. Meletakkan diri dalam keadaan sentiasa positif dan sentiasa berlapang dada itu memang sukar untuk dipraktikkan...namun andai kita mendambakan ketenangan dan kebahagiaan, makanya cuba la seboleh mungkin untuk sentiasa positif dan berlapang dada. Andai sentiasa diamalkan, dipraktikkan dan disematkan sentiasa dalam hati bahawa kita ingin sentiasa positif dan berlapang dada dalam apa jua situasi, makanya saya percaya sedikit sebanyak ianya dapat kita peroleh.
Mengapa pentingnya berfikiran positif dalam hidup kita. Kerana, dengan berfikiran positif akan memberikan kesan kepada pemikiran kita...kita akan dapat berfikir secara rasional dan dapat membuat keputusan dengan baik atas sesuatu perkara. Kita perlu tahu apa saja bentuk keputusan yang kita buat dalam hidup kita, ia adalah penting kerana ia melibatkan banyak pihak...jadi membuat keputusan yang baik dengan pemikiran yang rasional adalah penting untuk kepentingan bersama semua orang di sekeliling kita. keputusan yang menguntungkan semua pihak akan menjanjikan kebahagiaan untuk terus dinikmati dan disyukuri oleh semua orang di sekeliling kita.
Semaikan dalam diri dan latih lah diri untuk sentiasa positif..kerana kita adalah apa yang kita fikirkan..perbuatan dan tindakan kita adalah daripada apa yang kita fikirkan. Kalau kita tidak berlapang dada dalam menerima segala bentuk cabaran yang kita lalui, dan bertindak mengikut hati dan perasaan, makanya sudah pasti "kehancuran dan kemusnahan" yang akan kita terima kesan daripada apa yang kita lakukan. Bila datangnya kemusnahan dan kehancuran makanya gundah gulana dan tiada lagi ketenangan yang dapat kita miliki.
Firman Allah SWT "Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu (Asy-Syu'ara:30).
Kehidupan ini sebenarnya berbolak balik sifatnya..bagaikan gelombang ada masa kita di bawah dan ada masa kita di atas, bagaikan air ada pasang dan ada surutnya...juga sinonimnya bagaikan roda yang berputar, berada di atas dan di bawah mengikut pusingan roda itu adalah lumrah..semasa di atas janganlah kita mudah terlupa dan leka..semasa di bawah pula banyak lah kita bermuhasabah diri...
Kehidupan ini bagaikan magnet sifatnya..ada part positif dan ada part negatifnya...magnet ni kalau kedua-dua hujungnya positif maka tidak dapat berfungsi lah kitaran fungsi magnet itu...sama juga dengan kehidupan kita..andai semua sudut adalah positif maka tidak teruji lah keimanan kita kepada Allah..sedangkan hakikatnya kehidupan manusia itu akan sentiasa diberikan dugaan dan cabaran oleh Allah untuk menguji sejauhmanakah kesabaran dan keimanan kita dan seterusnya untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada-Nya. Allah menguji kerana Dia sayangkan kita...Allah mempunyai rahsia-Nya yang tersendiri mengapa kita yang dipilih untuk diberikan sesuatu ujian itu...mungkin untuk lebih meningkatkan keimanan kita, atau menguji keimanan kita..atau mungkin juga untuk meningkatkan darjat kita...rahsia itu hanya milik Allah.
Namun yang pasti, janji Allah adalah setiap ujian yang diberikan itu adalah atas kemampuan hambanya. Ujian datang silih berganti dalam pelbagai rupa dan bentuk...berbeza-beza bagi setiap seorang...
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakan dan ia jua menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya." (Al-Baqarah: 286)
Dengan yakin dan percaya kepada Allah..sudah cukup untuk menjadikan kita sentiasa positif, berlapang dada dan redha atas apa jua ujian mendatang...kerana pasti ujian ini bukan kerana Allah menzalimi kita sebaliknya Dia menyayangi kita dan ingin kita lebih meningkatkan keimanan kita kepada-Nya dan menambahbaik segala kekurangan diri...mungkin selama ini kehidupan kita jauh daripada-Nya, maka dengan ujian akan mengembalikan kita ke landasan Dia.
Beberapa kitaran normal dalam kehidupan harian kita untuk kita sentiasa positif dan berlapang dada adalah:
1. Apabila kita sedang bahagia dan sukses dalam sesuatu perkara maka panjatkan lah kesyukuran kepada-Nya atas kejayaan dan rasa bahagia yang sedang kita lalui itu. sentiasa ingat di dalam hati bahawa kebahagiaan itu milik Allah yang dipinjamkan kepada kita..tiba saat Allah ingin mengambilnya kembali maka Dia akan mengambilnya.
2. Apabila kita sedang kecewa dan dilukai atas sesuatu situasi maka bersabarlah..beristigfarlah dan berdoa agar kita diberikan kesabaran dan kebijaksanaan dalam menghadapi situasi yang mengecewakan itu supaya Allah meleraikan kekecewaan itu dan menggantikannya dengan kebahagiaan.
3. Apabila hati kita disakiti maka bersabar lah..telan la selagi mampu..balas lah dengan senyuman..senyuman adalah senjata yang paling hebat untuk menjatuhkan dan melemahkan orang yang menyakiti kita. Balas la dengan perbuatan baik, seolah-olah hati kita tidak disakitinya...yang selebih daripada itu kita serah saja pada Allah.
4. Apabila kita tidak berjaya mendapat apa yang kita idamkan, maka bersangka baik lah pada Allah..mungkin pada saat itu belum lagi rezeki yang Allah tentukan pada kita..atau mungkin Allah tangguhkan dulu untuk memberikan ganjaran yang berganda buat hamba-Nya.
5. Apabila kita diletakkan dalam situasi yang penuh kesulitan dan kesukaran yang berulang, maka perteguhkanlah iman, anggap itu ujian dari-Nya kerana Dia sayangkan kita dan Dia ingin kita dekat di sisi-Nya...mungkin banyak dosa yang kita lakukan dan Allah ingin memberikan peluang kepada kita untuk kembali mengingati-Nya. Kita sebenarnya adalah insan yang bertuah sekiranya sering mendapat ujian dari-Nya...kerana dengan ujian la kita tidak akan melupakan Allah. Bersyukurlah kita tidak berada dalam golongan "Istidraj" yang bermaksud pemberian nikmat demi nikmat yang Allah berikan kepadanya walaupun seseorang itu sudah jauh terpesong dari ajaran Allah..sudah jauh meninggalkan perintah Allah dan sentiasa berada dalam kemungkaran..tiada lagi ketakwaan dan keimanan kepada Allah, namun Allah tetap memberikannya kelebihan dan keunggulan serta kemasyuran. Kelebihan ini sengaja diberikan oleh Allah kepada mereka agar mereka makin leka dan makin lupa diri sehinggalah ke satu batasan masa di mana pengakhiran yang tidak baik kepada mereka ini.
Rasulullah SAW bersabda "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).
Cukup di sini dulu penuulisan saya tentang perlunya kita menikmati kehidupan yang Allah berikan ini dan sentiasa bersyukur dengagn apa yang ada. Untuk mencapai kenimatan yang maksimum dalam kehidupan ini, maka perlunya untuk kita semua berfikiran positif dan berlapang dada kerana keduanya adalah kunci kepada mencegah sifat-sifat negatif dalam diri kita. Semoga penulisan ini bermanfaat untuk semua termasuk juga kepada diri saya sendiri kerana sebagai insan yang lemah kita sentiasa terlupa tentang ini dan terkadang selalu mengikut hati dan perasaan dalam menghadapi situasi yang "cukup mencabar kesabaran"...
"Never blame anyone in your life. The good people give you happiness.
The bad people give you experience. The worst people give you a lesson.
The best people give you memories"
"Always end the day with a positive thought.
No matter how hard things were,
tomorrow's a fresh opportunity to make it better"
Salam Hormat,
RZH
Comments
Post a Comment