Sekadar menggunakan term "sarat berfikir" untuk menterjemahkan maksud di hati yang ingin membicarakan tentang "jangan terlalu fikir banyak sangat"
Sekadar santai-santai tulisan saja..jam menunjukkan pukul 10.30 malam, nak tidur macam masih terlalu awal untuk rutin tidur saya...makanya mari kita sama-sama menyusuri bicara ini....sekadar bicara to "killing time"😊
Apapun pasti ada tips yang dapat diperoleh dalam apa jua bentuk penulisan...terpulang kepada bagaimana pembaca menerima satu-satu penulisan itu.
Orait, jangan kita buang masa lagi. Seperti yang saya sebut di atas, sarat berfikir memberi maksud, dalam satu-satu masa semua benda kita nak fikir, semua perkara kita nak "sumbat" ke fikiran kita...sehinggakan fikiranpun tak mampu untuk memprosesnya...itu lah yang kita namakan "tepu fikiran"
Suatu waktu yang berlalu, seorang kenalan rapat saya selalu menyebut..."kita ni dalam satu-satu masa jangan semua perkara kita nak letak di fikiran...susun dan pilih ikut priority la apa perlu fikir dulu...kalau dari perkara A sampai perkara Z kita nak ambik fikir semuanya serentak memang "meranalah badan menanggung tekanan" yang tak sepatutnya berlaku sekiranya cara pemikiran kita dapat diurus dengan baik.
Memang betul sekali kata-kata kenalan saya tu. Kalau kita perhatikan "sarat berfikir" ni memberikan kesan kepada kesihatan dan psikologi jiwa. Antara beberapa kesan yang tidak baik kepada kita adalah:
1. Membawa kepada rasa kebimbangan/cemas dan kemurungan
2. Beri rasa tertekan/tekanan
3. Badan jadi penat dan lesu.
4. 4.Fikir bercelaru dan hilang fokus
5. Kualiti kerja terjejas
6. Ketegangan anggota badan terutamanya di bahagian bahu dan belakang.
7. Sakit kepala "menyapa"
8. Susah tidur membawa kepada imsomnia
9. Mengurangkan daya ingatan
10. Melemahkan imunisasi diri
11. Kesan kepada kesihatan bila kita sentiasa cemas (anxiety). Perasaan cemas ni akan beri kita tekanan dan tahap tekanan yang terus berulang akan mengharu biru kan sistem biologi badan - mula 'disinggah' penyakit darah tinggi, masalah jantung, masalah sesak nafas dsbnya berkaitan.
Kalau difikirkan memang kesan daripada saratnya berfikir ni agak besar dan berisiko tinggi kepada seseorang itu...
Justeru, melihat kepada kesan yang sangat berisiko ini memang tidak berbaloi untuk kita menjadikan dan membiarkan diri kita dalam kategori orang yang sarat berfikir...ambil fikir berpada-pada saja...konsepnya mudah saja sebenarnya cuma kita yang membuatnya susah...benda yang semalam fikir semalam, benda hari ni fikir untuk hari ni, benda yang esok punya maka fikirlah untuk besok...
Ermmmmm...saya sendiripun rasa susah untuk mengambil konsep itu sebab macam rasa gerun dan seram aje kalau benda esok tak difikirkan hari ni...benda esok nak fikir esok risau kot "kelam kabut" dan tak terurus jadinya.
Sebenarnya kita tak perlu risau, maksud di sebalik kata-kata itu adalah berkaitan tentang fikiran yang terlalu berlebih-lebih untuk satu-satu perkara sehingga melangkaui yang sepatutnya kita fikir. Kita seharusnya fikirkan perkara semalam, hari ini dan esok itu mengikut paras yang sepatut kita fikir saja...jangan fikir lebih kerana bila fikir lebih banyak keresahan dan rasa cemas akan hadir nanti...jangan letak diri kita dalam "overthink situations"...think about (something) too much or for too long.
Setakat ini dulu penulisan ini, semoga bermanfaat untuk semua. Cuba sama-sama kita praktikkan konsep berpada-pada dalam berfikir...sayang lah kepada kotak fikiran kita yang sepatutnya mampu menerima "gelanggang badminton" aje tapi kita nak isi dengan "padang bola"😁
Memang confirm "binasa kotak fikiran".
" Stop worrying about what tomorrow may bring.
Focus on what you can control. Stay positive.
Enjoy today. Expect good things to come"
~ Karen Salmansohn
"Although I have no idea what tomorrow may bring.
I am going to think positively and hope for the best."
Salam Hormat,
RZH

Comments
Post a Comment