Skip to main content

Berpesan Pada Hati...

Hari minggu..awal pagi bangun seperti biasa...bancuh coffee dulu. 
Minum coffee baru fikiran dapat aktif sikit berfikir..hehe coffee ni wajib setiap pagi..tengok keadaan juga la
terkadang hanya ambil satu mug di permulaan hari saja..terkadang kalau 
mood terusik sikit, makanya dua tiga mug pun boley satu hari...aduhai...
dapat alihkan masalah dalam fikiran dengan pekenakan coffee. 

Dengan menikmati rasa dan aromanya, setakat kekusutan sikit-sikit tu memang boleh hilang la...tapi kalau yang "saiz gergasi" punya masalah...memang tak boleh hilang la dengan layan coffee ni....

Tadi masa sepintas menengok facebook, ternampak lah satu quote tu "Berpesan pada hati"...macam menarik juga ayat ni, boleh buat modal penulisan di blog, bisik saya dalam hati...makanya saya terus buka laptop dan terus  menarikan jari-jemari ini...sekadar "killing time" pepagi ni...

Nak tulis tentang "Berpesan pada hati..." tapi dengan konsep KISS sahaja..Keep it Short and Simple...



Dalam kehidupan ini, apa yang hadir dalam hati akan mendominasi kehidupan kita kalau ia tidak diimbangkan dengan fikiran yang rasional ..justeru, hati mesti dijaga sebaiknya agar ia tidak membebankan fikiran kita untuk mengimbangi apa saja tindakbalas dari tubuh badan kita akibat daripada hati yang "tidak sihat".

Hati perlu sentiasa dibaja dan disuburkan agar ianya kaya dan ranum dengan kebaikan dan "sihat selalu". Kaya hati bermaksud kita tenang dan lapang dan redha atas segala situasi, kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan..Kita menghargai dan berasa cukup dengan apa yang kita ada dan bersabar juga redha dengan apa yang kita tiada...andai konsep kaya hati ini dihayati sepenuhnya...maka aman la kehidupan kan...

Hati perlu sentiasa dididik dan dirawat..kerana apa..
kerana hati yang sentiasa dirawat dan disuburkan dengan amalan dan zikir akan menjadi lembut dan mudah tunduk akan setiap perintah Allah. Hati yang tidak dididik dan dirawat akan menjadi keras dan menolak untuk menerima ilmu dan kebaikan...hati yang keras akan menjadi hitam dan cenderung untuk terus melakukan perbuatan dosa, hidup sentiasa resah dan gelisah, tiada ketenangan diri dan sentiasa berada dalam kemungkaran.

Makanya selalulah berpesan dan ingatkan hati tentang perlunya untuk :

1. Miliki hati yang sentiasa suci dan bersih 
- dengan sentiasa mengingati Allah dan mengingati bahawa kita ini hambanya..solat, sedekah, dan zikir adalah tonggaknya!

2. Miliki hati yang sentiasa lembut
 - supaya mudah menerima ilmu dan melaksanakan perintah-Nya

3. Miliki hati yang sentiasa tenang
 - tidak menyimpan dendam dengan belajar untuk melupakan dan melepaskan segalanya

4. Miliki hati yang sentiasa terhindar dari sifat iri hati, dengki dan khianat serta sikap ingin berlumba2 yang terlalu duniawi sifatnya
- supaya amalan kita sentiasa diterima Allah dan dipermudahkan segalanya

5. Miliki hati yang sentiasa terhindar dari sifat ego, sombong dan bongkak, ujub dan takabur
- supaya hidup sentiasa ceria dan damai disenangi oleh semua orang
- supaya kita tidak menyakiti dan menyinggung perasaan orang

6. Miliki hati yang sentiasa tolak tepi dan tak perlu fikir apa saja perkara yang membuat hati resah dan marah- tak perlu layan...anggap sekadar air yang mengalir saja...hanya singgah di angin lalu saja...wahh gitewww kan

7. Miliki hati yang sentiasa bijak membezakan antara perkara yang menjadi penguat diri dan perkara yang menjadi pemusnah diri...yang menguatkan itu ambil dan amalkan, yang memusnahkan itu dijauhi dan "buat bodoh" saja (saja pinjam bahasa hipster sekarang kan...).

Setakat ini dulu perkongsian ini, dan sebagai penghujung bicara, saya tinggalkan dengan kata-kata ini:

Firman Allah bermaksud: " Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (Surah Ar-Ra'du:ayat 28)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya adalah apabila kaya hati" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Salam Hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...