"Never let your emotions overpower your intelligence"
Emosi dan mood memang berbolak balik.."up and down"...pasang surut sifatnya...kejap okey dan kejap tak okey...memang sekejap sekejap sifatnya...datang dan pergi bersilih ganti...Mood ni lebih besar sifatnya...dan emosi ini pula "adik" sikit pada mood, ia datang dan pergi dalam waktu yang sekejap-sekejap berbanding dengan mood. Dalam apa jua situasi, emosi akan mempengaruhi mood.
Emosi dan mood ni kena dikawal daripada ianya berterusan ...melayan emosi dan mood itu tidak salah..memang wajib layan..tapi untuk certain tempoh saja...jangan biar lama2..rosak segalanya nanti! parah dan semuanya musnah tanpa kita sedar.
Jom, kita tengok dulu maksud di sebalik perkataan 'emosi' dan 'mood'.
Emosi bermaksud perasaan jiwa (batin) yang kuat seperti sedih, marah, juga keadaan perasaan atau fikiran yang teransang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang.
Mood pula bermaksud keadaan (suasana) hati yang bersifat sementara, sama ada dalam mood okey ataupun tak okey. Mood ini adalah dari perkataan Inggeris yang bermaksud "a temporary state of mind or feeling"... atau "an angry, irritable, or sullen state of mind".
Emosi ini terusik bila kita marah, sedih, kecewa, sakit hati, geram, menyampah, cuak, terluka, berkecil hati dan sebagainya lagi perkataan-perkataan lain yang membawa maksud yang sama. Selalunya apabila kita marah, kemarahan ini akan memberikan kesan kepada mental dan fizikal kita. Apabila kita marah, darah akan terus mengalir ke frontal cortex dan akan menjejaskan kemampuan berfikir secara rasional.
Kemarahan juga akan menyebabkan fikiran kita menjadi kacau kerana berlakunya ledakan kimia di dalam badan yang dipanggil adrenalin...apabila kita marah akan menyebabkan kalenjar adrenal mengeluarkan hormon adrenalin dan hormon stress, yang dipanggil cortisol. Kemudiannya darah yang dalam keadaan normal mengalir ke perut dan usus akan berubah arah ke otot dan menjadikan tubuh badan kita menegang semuanya seakan ready untuk "bertarung"...hahaha...itulah dia kesan marah kepada mental dan fizikal kita.
Sering marah-marah juga akan memberikan kesan terhadap kesihatan kita. Saat kita marah, tekanan darah akan meningkat, suhu badan akan meningkat, dan nafas akan jadi laju pergerakannya, begitu juga dengan degup jantung, dan mata kita akan jadi melebar "terbeliak macam nak makan orang"...hehe....dan semua keadaan ini akan memberikan kesan kepada tubuh badan kita dan akhirnya merosakkan kesihatan kita sendiri.
Jadinya jangan marah-marah! Marah tu wajib dikawal...kalau tidak dikawal..makin membara membakar segalanya...kalau dah terbakar hangus...memang merugikan semata-mata...
Kemarahan ini juga perlu diuruskan dengan baik supaya sentiasa menjamin "rasa hormat" dan mengekalkan hubungan yang baik dengan semua orang.
Justeru, bagaimana agaknya untuk kita mengawal emosi dan mood ini daripada mendominasi diri kita dan terus memusnahkan segalanya...sudah pasti ada caranya. Antaranya adalah melalui:
1. Komunikasi
2. Kawalan Diri (self-control)
3. Konsep Empati (Put yourself in their shoes)
4. Keimanan
5. Memaafkan dan Melupakan
6. Konsep "Pause"
7. Zikrullah
Kita tengok sedikit mengenai setiap satunya.
1. Komunikasi (Pertuturan dan riak wajah)
Sentiasa menjaga komunikasi kita dengan sesiapa saja..dengan orang yang lebih tinggi darjatnya daripada kita atau orang yang lebih rendah daripada kita. Sentiasa ingat darjat dan kuasa itu hanya definisi duniawi sahaja, sedangkan di sisi Allah, kita semua sama saja..Justeru, andai itu yang selalu kita sematkan dalam hati kita..sentiasa kita ingatkan kepada hati kita, makanya setiap apa yang keluar daripada mulut kita hanyalah yang indah2 dan harmoni jua sifatnya...tidak mengandungi unsur-unsur ego, bongkak, sombong dsbnya lagi. Makanya bila komunikasi kita sentiasa dijaga, pertuturan dan tingkah laku kita juga terpelihara...kita tidak mungkin akan menyakiti hati sesiapa dan orang akan senang untuk terus berdamping dengan kita. Bila harmoni perhubungan kita dengan semua orang, makanya kehidupan kita akan bahagia dan ceria...tiada tekanan dan rasa stress yang datang kepada hidup kita.
2. Kawalan Diri (Self-control)
Kita biasanya akan bertindakbalas dengan perasaan kita dan menzahirkan melalui perbuatan. Contohnya bila kita dalam kesedihan kekecewaan, kita akan menjauhkan diri dari semua perkara..hilang semua keceriaan dan kegembiraan...tiada mood untuk datang kerja, bergaul dengan kawan-kawan dan sebagainya lagi. Manakala bila kita dalam keadaan marah atau cuak pada seseorang, kita mula melayan seseorang atau sesuatu itu dengan cara yang dingin dan kasar.
Justeru, kawal la diri kita dalam apa jua situasi pun. Masa ni berbalik la pada kita sebagai hamba Allah tadi. Barulah kita dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak mengikut perasaan. Kita bertindak mengikut kematangan dan kebijaksanaan dan mengikut apa yang terbaik dalam situasi semasa, untuk diri sendiri dan orang lain.
3. Konsep Empati (Put your self in their shoes)
Empati ini adalah konsep di mana kita meletakkan diri kita dalam diri orang lain...memahami dan menghayati situasi orang lain dalam erti kata memahami dan menghayati dengan sebenar-benarnya. Sentiasa letakkan dalam hati tentang konsep empati ini..amalkan selalu sehingga ia menjadi darah daging kita..umpama kita tidak pernah terlupa untuk makan...makanya jadikanlah konsep empati ini sebagai keutamaan kepada kita dan kita tidak pernah terlupa tentangnya walau dalam apa situasi jua. Konsep empati ini boleh menghindari kita memperlakukan orang lain dengan sewenang-wenangnya, kerana konsepnya adalah "andai kita tidak ingin diperlakukan begitu, maka samalah juga dengan orang lain...andai kita rasa terluka bila diherdik atau dimalukan makanya jangan lah melakukannya perkara yang sama kepada orang lain...kalau kita inginkan dibantu pada setiap saat dan ketika di saat kita memerlukan pertolongan...makanya bantulah semua orang dengan ikhlas, tidak kira masa dan tempat...tidak kira siapa orang itu, berpangkat atau tidak"....wahhh gitewwww...
Jadinya..life ini as simple as that kan...makanya mengapa perlu dirumitkan...kalau kita memahami orang dan orang memahami kita...maka apa lagi yang kita harapkan untuk kehidupan kita..mestilah semua itu akan memberikan rasa tenang dan bahagia...
4. Keimanan
Iman adalah makrifat dengan hati, pengakuan dengan lidah dan tindakan dengan anggota badan (dengan kata lain: diyakini dalam hati, diucap dengan lisan, dan diwujudkan dengan perbuatan. Keimanan kita kepada Allah boleh menghindari kita daripada melakukan kemungkaran. Keimanan yang tinggi akan menjadikan kita sentiasa berfikir di jalan yang Allah redhai...melakukan perbuatan yag tidak dimurkai Allah dan menuturkan lisan yang menggambarkan kita hamba Allah yang sentiasa tawaduk kepada-Nya...bercakap dengan penuh adab...kelembutan dan penuh rasa hormat dan tidak menyakiti hati orang. Justeru, seandainya iman kita tinggi, kita akan sentisa melakukan perkara yang baik-baik sahaja..kehidupan kita juga akan tenang dan sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya...makanya terhindarlah dari emosi dan mood yang tidak menentu bila mana "dua minit sekejap datang mood"...mana mungkin hidup akan tenang...
5. Memaafkan dan Melupakan
Belajar la untuk memaafkan..latih diri untuk mudah memaafkan...usah terus memendam kemarahan dan dendam ssehingga menghalang kita dari memaafkan. Hidup ini hanya sementara sahaja... semua orang akan menuju ke destinasi yang satu, iaitu kembali kepada Penciptanya. Jadi, tanya diri...mengapa perlu menyimpan dendam yang akhirnya memusnahkan diri sendiri..berikan saja kemaafan kepada siapa jua yang menyakitkan kita...dan belajar melupakan semua yang menyakitkan itu...biarkan ia berlalu dari hati kita...tidak perlu dikenang sesuatu yang menyakitkan kerana ianya merugikan dan membazir ruang di hati kita untuk menyimpan "sampah-sampah' ini...just let it go...dengan melepaskan dan melupakan segala yang menyakitkan ini, maka hati kita akan tenang...jauh dari rasa stress dan terhindar dari mood yang kejap datang kejap pergi...buang masa kita, sedangkan banyak lagi perkara lain yang lebih penting untuk ita berikan ruang dan perhatian.
6. Konsep "Pause"
Konsep 'Pause" ni mudah saja..semasa marah cepat-cepat lakukan dua perkara ini...DIAM dan BERFIKIR...itu saja. Kuasa DIAM itu sebenarnya sangat besar impaknya..DIAM itu bisa meningkatkan rasa sabar kita. Masa marah zip saje dulu mulut kita...sebab lumrah manusia sesiapa saja bila marah ni mulut lah yang menjadi senjata utama untuk melepaskan rasa geram dan marah. Tutur kata masa marah sudah pasti yang menyakitkan dan melukakan...Makanya semasa diamkan diri itu, tanya pada diri mengapa aku perlu marah? apakah kesan kepada kemarahan ini? dan yang terakhir tanya pada diri..bagaimana Allah akan pandang aku nanti? Dengan cara ini, akan dapat memelihara emosi dan mood kita...
7. Zikrullah
Sentiasa berzikir dan mengingati Allah...setiap masa dan ketika kita boleh berzikir kepada Allah, dan tidak semestinya hanya selepas solat. Zikir tidak semestinya dituturkan di mulut..zikir boleh dibisikkan dalam hati...yang penting adalah ingatan kita kepada Allah pada setia saat dan ketika. Zikir dan istigfar itu sangat dituntut untuk menjadi amalan secara istiqomah dalam diri..menjadi darah daging kita...zikir dapat menenangkan..
menyamankan..membahagiakan...membersihkan hati dan membuka jalan yang terkunci...
meleraikan segala kekusutan...andai hati rasa berkecamuk dan tidak tenang, maka berzikirlah...kembali hati kita kepada-Nya...Zikir adalah penawar bagi semua penyakit hati...hati yang kotor akan kembali bersih...hati yang mati akan hidup semula...zikir ini makanan buat hati dan jiwa kita
Setakat ini dulu perkongsian dan bicara saya tentang emosi dan mood. Semoga ianya bermanfaat buat semua, terutamanya bagi mereka yang sering beremosi dan tiada mood. Percayalah, andai kita dapat menghindari emosi dan mood yang tidak menentu ini, kehidupan kita akan lebih ceria dan bahagia sama ada dalam kerjaya maupun kehidupan peribadi...
Saya tutup penulisan ini dengan kata-kata di bawah:
"Feeling are like waves. You cannot stop them from coming but you can decide which ones to surf"
"When something bad happens you have three choices. You can either let it define you...let it destroy you..or you can let it strengthen you".
Salam Hormat
RZH
Comments
Post a Comment